Wednesday, December 11, 2013

Adakah Normal Lendir dalam najis kucing

Apa yang menyebabkan Mucus/lendir dalam najis kucing?

Kita tidak perlu sangat mengambil berat ataupun risaukan jika terdapat sedikit lendir dalam najis haiwan kesayangan kita.Ini adalah kerana najis kucing biasanya mengandungi beberapa lendir - yang dihasilkan oleh usus untuk melincirkan lapisan kolon serta sentiasa dalam keadaan kelembapan untuk proses penolakan bahan kumuhannya tanpa merosakkan kolon.

 Membran mucus iaitu lendir menyaluti saluran penghadaman termasuk keseluruhan usus besar dan sudah tentu najisnya sentiasa mengandungi lendir.Membran mucus/lendir ini juga menyaluti saluran atas pernafasannya untuk tujuan yang sama iaitu melindungi dan melincirkan serta juga sebagai perangkap/jerat benda asing dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam fungsi imun.
Mucus/lendir ataupun hingus dari saluran pernafasan atas terus mengalir ke dalam kerongkong tanpa disedari dan ditelan/tertelan dan akhirnya dikeluarkannya bersama-sama najis nanti.Mucus/Lendir adalah bahan yang tidak boelh dihadamkannya dan akan dikeluarkannya bersama-sama najis dalam bentuk/sifat asal lendir.


Tetapi jika ianya dikeluarkan berlebihan mucus/lendir dalam najisnya, atau disertai dengan darah atau perubahan radikal dalam pergerakan usus kucing anda, dapatkan rawatan perubatan veterinar serta-merta untuk mengenal pasti penyebab dan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada kucing kesayangan kita.

Antara Sebab-sebab biasa termasuk:

>Tekanan(Stress)
> Pemakanan yang tidakboleh hadam

>Sembelit
Parasit usus (seperti giardia)
> Pembiakan bakteria (seperti Salmonella)
> Tumor

>Radang dalam kolon atau rektum
>Sempit ruang bukaan dubur


No comments:

Post a Comment