Friday, October 16, 2015

Kenapa Kucing menjilat sesama mereka

Kucing adalah haiwan yang hidup secara semulajadi bermasyarakat antara mereka iaitu membentuk kumpulan dengan cara komunikasi yang agak kompleks di antara satu sama lain. Salah satu daripada tingkahlakunya adalah menjilat-jilat sesama mereka untuk menunjukkan mereka salin suka/sayang satu sama lain.
Kucing banyak menghabiskan masanya untuk menjilat-jilat dirinya ataupun satu sama lain. Aktiviti menjilat-jilat sesama mereka adalah salah satu caranya mereka menghabiskan sebahagian besar masa lapang mereka apabila mereka tidak tidur atau menjilat diri mereka sendiri dan lebih kepada aktiviti santai.

Ibu & anak kucing
Hubungan yang paling rapat ataupun erat dalam masyarakat kucing biasanya antara ibu dan anaknya. Kasih sayang antara ibu dan anaknya, serta juga di antara sesama adik beradik dikalangan anak-anaknya. Menjilat-jilat anak-anaknya adalah aktiviti menumpuk kasih sayang di samping menyucikan si anak-anaknya walupun sudah dalm keadaan bersih.

Kucing jantan & kucing lain
>>Kucing jantan yang cenderung menjilat-jilat kucing jantan yang lain adalah untuk membentuk persahabatan yang sangat rapat sesama jenis sebagai teman karibnya.
>>Kucing jantan yang menjilat-jilat kucing betina juga untuk membentuk persahabatan sebagai kawan yang sangat rapat.
"walaubagaimanapun, apabila kucing jantan dan kucing betina saling menjilat-jilat sesama mereka dan ini bukannya tingkahlaku yang boleh meransangkan ke arah seksual di antara mereka tetapi lebih kepada proses meluang masa dalam santaian. "
>>Kucing jantan juga gemar menjilat-jilat anak-anak kucing di kalangan kelompok/masyarakatnya sama ada mereka adalah anak-anaknya sendiri, anak saudaranya atau anak kucing lain daripada rakan karibnya yang tinggal bersama-sama.

Anak anak kucing
Jika ada dia ntara anak kucing yang menjilat kucing betina selain ibunya , ianya berkemungkinan memikirkan/menganggapkan itu sebagai ibunya. Manakala jika menjilat-jilat kucing lain samada sebaya ataupun lebih muda daripadanya ianya menganggapkan itu sebagai rakan karib yang membentuk persahabatan di antara mereka.

Kucing menjilat-jilat kita
Ada juga kucing kesayangan kita suka menjilat-jilat tuanya terutamanya di bahagian belakang telinga. Ini kerana ia adalah satu bentuk ikatan dan interaksi sosial yang ditunjukkannya terhadap kita dan merupakan pernyataan kasih, penyayang, dan penerimaannya. Sama sepertimana  kucing akan menghabiskan masa yang agak lama semasa jilatan sendiri/self-grooming,  ia juga akan menghabiskan berjam-jam menjilat-jilat tuannya juga..
Selagi pemilik kucing kesayangan membenarkan interaksi, ia akan berterusan.


No comments:

Post a Comment