Saturday, October 31, 2015

Penjagaan Anak kucing yatim di bawah umur 4 minggu

Anak-anak kucing yang berumur di bawah 4 minggu dikenali sebagai "Neonatal kitten" dan mereka ini di dalam keadaan separa "lumpuh" dan juga masih belum boleh berfungsi dengan sendiri.Ianya masih bergantung sepenuhnya penjagaan daripada ibunya .


Diantaranya perkara yang perlu kita ketahui adalah:
>> TIDAK boleh memakan makanan pejal- Hanya bergantung kepada susu ibu
>> Buang air kecil dan air besar belum lagi sempurna -siibu akan sentiasa menjilat cucikan punggung mereka.
>> TIDAK boleh menstabilkan suhu badannya sendiri- peranan sibunya untuk memanaskan badan mereka seperti tidur sekumplan di bawahtepi ibunya bersama-sama adik beradiknya yang lain.

Langkah yang perlu kita lakukan jika tiada ibu

Pemakanan:
>>Susu yang diberikan perlukan susu yang suam
>>Susu khusus untuk anak kucing iaitu susu lactose free.**Susu biasa akan sebabkannya cirit birit.
>>Jadual pemberian susu:
>>>>setiap 2 jam untuk anak kucing berumur di bawah 1 minggu
>>>>setiap 4 jam untuk anak kucing berumur di bawah 2 minggu
>>>>setiap 6 jam untuk anak kucing berumur di bawah 4 minggu
Anak kucing sudah boleh putus susu seawal umurnya 5-6 minggu


Pembuangan air kecil dan air besar
Anak kucing di bawah umurnya 4 minggu akan mengeluarkan cecair dari kemaluan selepas saja mereka disusui oleh ibu mereka.Oleh kerana itulah siibunya akan menjilat-jilat cucikan punggung setiap anak yang disusuinya.
Perkara yang sama perlu kita lakukan selepas menyusui mereka dengan menggunakan tuala kecil yang dilembabkan dengan air suam untuk menyucikan punggung mereka.Ini perlu dibuat kerana cecair tersebut adalah hasil kumuhannya yang kotor serta untuk mengelakkan jangkitan.

Pemanasan suhu badannya
Adalah penting untuk diketahui bahawa anak-kucing tidak dapat mengawal suhu badan mereka sendiri sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya 3 minggu.Anak-kucing di bawah umur agak mudah menjadi sejuk dan boleh mati akibat penyejukan dalam tempoh masa yang singkat. Pastikan suhu badan mereka sentiasa berkeadaan panas. Sentiasa memantau tanda-tanda penyejukan (iaitu, anak-anak itu adalah tidak bermaya dan berasa sejuk apabila disentuh).
Sediakan sarang yang lembut (seperti kotak dengan beralaskan kain/tuala/selimut dan sebagainya) supaya dapat memanaskan badan mereka.


 ***anda juga boleh mengesel-geselkan kedua-dua tapak tangan untuk menghasilkan haba dan kemudian menyentuhpanaskan badan anak kucing dan gosok perlahan-lahan untuk membantu edaran***

Tidak kira apa yang kita lakukan yang terbaik untuk anak-kucing neonatal ini, Namun ianya tidak dapat bertahan dan mati. Kita hanya boleh cuba untuk menjadi penjaga tumpang yang terbaik, dan berharap segala-galanya akan selamat.


4 comments:

  1. makasih gan buat sharing ilmunya. sangat bermanfaat banget terutama buat yang hobi melihara kucing. bakal sering2 mampir nih ke blog ini buat update ilmu.
    Poker Online

    ReplyDelete
  2. Anak kucing saya bru mati..😢😳😳 dari 5 ekor tggal 2 ekor.. xsure bru brp hari lahir.. rasanya belum sampai 10 hari.. malam tadi sy pindahkan ank2 kucing ke dalam kotak, sy pegang dgn tangan.. mgkin sbb tu ke mereka mati? 😭

    ReplyDelete
  3. pindahkan anak kucing yg masih dlm penjagaan ibunya adalah tidak digalakkan kerana mereka masih lgi lemah..tapi jika dipindahkan dn siibunya tidak pedulikan mereka dn inilah menyebabkn kematiannya kerana mereka bergantung 100% penjagaan dri ibu

    ReplyDelete
  4. boleh tak saya nak bgi kuning telur dekat kucing saya yang berumur 3-4 minggu mcmtu sbb dia xde ibu n skrg saya hanya bgi susu tpi dia mcm tak selera saya bgi susu kambing

    ReplyDelete