Sunday, February 21, 2016

Kucing terbiar di Korea

Bulan Januari 2016 lalu, K.U. berpeluang mengunjungi ke negara Korea Selatan untuk beberapa hari atas urusan kerja.Di kesempatan masa di sana dapat pula berjumpa dengan beberapa ekor kucing liar yang diambil angkat oleh salah satu syarikat industri Korea.Atas dasar kesayangan terhadap kucing yang ditunjukkan oleh GM(general manager) syarikat tersebut, beliau amat gemar mengambil kucing terbiar dan dibawa masuk ke premis company untuk diberi makan dan sebagainya.Kucing-kucing pula akan terus tinggal di situ tanpa sebarang masalah kerana sudah dianggapkan sebagai famili kepada kesemua staff yang bekerja di situ.

Ini adalah salah sekor yang mudah mesra dengan sesiapa saja yang mengunjungi tempat ini.Kawasan ini mempunyai lebih kurang 10-12 ekor kucing terbiar yang diberi makan serta tempat tinggal.


Kucing manja ini yang tidak dinamakan dan disediakan kotak sementara untuknya berehat di depan pintu masuk utama lobi kerana waktu ini adalah suhu kesejukan musim sejuk di antara -15 ke -5 celcius.Ianya menjadi tumpuan penjagaan di sini kerana tengah sarat mengandung.

Stok makanan kucing yang tersedia ada untuk diberimakan kepada kucing-kucing di sini ,Ianya bukan dari wang syarikat tetapi wang kumpulan sesama mereka.Seolah-olah seperti memberi sedekah.

K.U. agak terharu juga langkah yang diambil oleh GM syarikat ini dengan mengambil angkatkan kucing-kucing terbiar dan baginya ini juga adalah social responsibiliti serta juga dapat memupuk sifat belas kasihan,keprihatinan, persabahatan di kalangan staff nya.


No comments:

Post a Comment