Sunday, March 13, 2016

Kenapa kucing jantan pancut kencing selepas dimandulkan

Persoalan umum timbul bilamana kucing jantan yang sudah dimandulkan tetapi masih bersikap suka memancut merata-rata tanpa kira tempat.Kucing jantan yang dimandulkan adalah untuk mengelakkannya dari menghasilkan anak bilamana mengawan tetapi TIDAK mencegahkan kehendak nafsunya.

Antara sebab-sebabnya adalah sperti di bawah: 
Tandaan Kawasan
Apabila kucing jantan dewasa ataupun matang menyembur/memancut kencing adalah sesuatu tindakan tindak balasnya kepada sesuatu dalam persekitarannya.Ini diatas sebab-sebab nalurinya masih lagi mementingkan kawasan yang didiaminya tidak diceroboh. 
Perkara ini masih tetap dilakukan sekiranya perubahan persekitaran yang baru baginya, sebagai contoh:
1) berpindah ke rumah baru 
2) memperkenalkan haiwan peliharaan lain
3) Masih rasa ada kucing-kucing lain di kawasan yang sudah didiaminya (seperti kucing liar yang bebas diluar,jika kucing anda indoor)
4) Masih ada kucing betina ataupun jantan yang belum dimandulkan tinggal bersama-samanya
 Keadaan ini mungkin menyebabkan kucing terasa tertekan dan dengan cara tindakan semburan kencingnya dapat membuat pagar ataupun amaran kucing lain sebagai reaksi menandakan wilayahnya, terutamanya jika anda mempunyai yang perempuan unspayed atau lain kucing jantan yang tidak dimandulkan. 
Masalah Kotak Najisnya
Bilamana kucing menyembur kencingnya juga adalah tindak balas kepada kotak najis yang sisediakan kepadanya.Ini berkemungkinan kucing anda tidak suka sampahkotak najis yang disediakan atau lokasi kotak tersebut. Walaupun kita sudah membersihkannya dengan sekerap mungkin, Namun bagi kucing mereka bertindak balas terhadap bau kotak tersebut yang mungkin masih mempunyai bau tertinggal, terutamanya jika kotak najis ini dikongsikan dengan kucing lain.

Masalah kesihatan
Kucing jantan yang dimandulkan berkemungkian terdedah kepada masalah pundi kencing dan masalah saluran kencing - termasuk jangkitan, halangan dan batu karang.Ini adlah kerana kucing jantan mempunyai saluran kencing panjang serta kecil tirus daripada kucing betina.Kesan fizikal selepas dimandulkan berkemungkinan akan menyempitkan saluran kencingnya dan terdedah kepada masalah tersumbat dan sebagainya.

**Kenalpastikan punca-puncanya suka memancut adalah memudahkan untuk menyelesai masalah ini mengikut sebab-sebab tertentu taupun khusus kenapa tindakannya masih memancut**

13 comments:

  1. Assalam...maaf saya nk tnya...saya ad seekor kucing yang sedang bunting...beberapa hari yg lalu..saya mendapati kucing saya telah beranak tetapi saiz anak kucing tu lebih kecil dari anak hamster dan telah dimakan ibunya padahal anak kucing itu masih hidup...bleh terangkan tk knapa anak kucing tu terlalu kecil?dan adakah kucing saya dalam keadaan yang baik?
    Itu sahaja...^_^

    ReplyDelete
  2. wasalam..rasanya kitten tu xcukup bulan dn ianya berisiko maut jika dibiarkn sbb tulah siibu akn memakan anaknya sendiri.Ini adalah tingkahlaku kucing semulajadi sifatnya akn memakan anknya sendiri yg berisiko sebb utk menyembunyikan/menghapuskannya dari di hidu musuhnya

    ReplyDelete
  3. Saya bersyukur menjumpai blog ini yang saya kira paling aktif, relevan dan cukup informatif di Malaysia ini. Selama hidup saya tidak pernah dapat lari dari memelihara kucing walau dicuba untuk tidak memeliharanya namun kucing pasti datang kedalam hidup saya sekeluarga sejak dari anak2 saya masih kecil sehingga mereka semua sudah berkeluarga dan mereka juga menjadi pemelihara kucing. Ini kerana bila kami bertekad untuk tidak mahu kucing namun bila ada kucing datang "bermastautin" ke rumah kami, kami tidak tergamak untuk tidak memperdulikan mereka. Kami pernah hidup bersama berbelas ekor kucing dan kami pernah hidup tanpa seekor pun kucing, namun hidup tanpa kucing itu hanya sekejap sahaja bila seekor kucing sesat datang ke rumah kami maka bermulalah kehidupan keluarga kami berpanjangan bersama kucing yang seekor itu yang kemudiannya membiak menjadi generasi demi generasi yang kami anggap sebagai ahli keluarga kami, yang perlu penjagaan makanan, penginapan dan kesihatan seperti menjaga manusia.

    Memelihara kucing adalah satu komitmen dan saya tidak pernah menganggap saya ini seorang tuan kucing. Bagi saya bila memelihara kucing, saya adalah hamba kucing yang berkerja tanpa gaji melaksanakan rutin harian dari memberi kucing makan dan minum, membersih dan "grooming" kucing, membersih tempat tinggalnya, melaksanakn rutin pembersihan kumbahan kucing, mengemas, membersih dan memulihara tempat2 yang dikotorkan dan dirosakkan oleh kucing didalam dan diluar rumah, menentukan kucing mendapat perkhidmatan kesihatan pakar bila mereka sakit dan cedera, bermain dengan kucing, hinggalah menjadi nanny untuk kucing2 yang bersalin dan anak2 kucing yang baru lahir.

    Siapa kata memelihara kucing itu mudah, sebenarnya susah, kerana kucing adalah binatang, bukan manusia, dan bila kita manusia mahu memelihara kucing atau apa juga binatang yang kita mahu jadikan peliharaan, maka kita mesti sanggup menjadi hambanya kalau tidak jangan pelihara kucing! Tetapi kucing2 ni kan dia pandai buat kita rasa kesihan, dia pandai curi hati kita untuk buat kita pelihara mereka dan bila kita sudah cinta pada kucing, maka kita akan jadi hamba mereka, kita sanggup berhabis untuk kucing!

    Bil kesihatan kucing sama atau mungkin lebih mahal dari manusia, nak "spay" kucing RM 130-150, demam dan selsema RM 40-50, ubat kutu dan hama RM 15-40. Makanan kucing: kibble murah yang tak berkhasiat dalam pek sekilo pun RM10, yang premium tapi ada nama sikit seperti powercat, friskies dan whiskas RM16 sepeket walau ingrediennya lebih banyak mengandungi fillers yang tak berkhasiat.Yang super premium yang mengandungi corn dan maize (fillers yang tak baik untuk kucing)dan protin seperti royal canin dan evo peket 10kg dah beratus harga.Yang grain-free dengan protin tinggi jenis paling baik untuk kucing seperti acana, sanabelle dan orijen adalah yang paling mahal. Kucing2 saya sudah merasa semua jenis kibble2 ini yang saya selang selikan dengan makanan ikan segar setiap hari. Semuanya saya sudah buat untuk kucing2 saya malah untuk kucing2 pelawat dari rumah jiran pun saya layan seperti kucing sendiri, juga kepada kucing2 sesat dan pendatang.

    Bila baca blog ni, aduh, banyaknya yang saya kena belajar lagi tentang kucing, rasa masih begitu jauh untuk saya menjadi hamba kucing yang benar2 baik seperti tuan punya blog ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman anda menjaga & pelihara meaw sangat menarik.. Anda cerita n kongsikan dengan jelas sekali. Boleh dikata, sedikit sbnyak pengalaman anda tu lebih kurang dgn apa yg sedang Saya alami sekarang. Ya, benar.. Perasaan suka n jatuh cinta kat meaw tu berbeza.. Kita boleh merasai sndiri perasaan menjadi cats lover yang sejati tu bilamana.. bila kita sendiri yg pernah mengalami peristiwa disebalik apa alasan kita untuk menjadikan miaw haiwan peliharaan.. Sbgai tuan kpd kucing yang bertanggungjawab, adalah keutamaan penting utk kita titik-beratkan bermula daripada ilmu ttg pelihara & penjagaan kucing..sehingga kebajikan meaw si makhluk mudah mesra ciptaan tuhan ini.. Saya berasakan apa yang kita lakukan terhadap meaw ni, dari nak sediakan tmpat tinggal tmpat berlindung, rumah meaw yg selesa, beri makanan seimbang, penjagaan n pemantauan kesihatan meaw, tmpat dia nak litter, masa meaw utk bermain, keselamatan dia juga.. semuanya utk menampung keperluan asas dan kebajikan from a-z.. Kita letakkan rasa bertanggung-jwb & brtimbang rasa tu samakan dengan kita menjaga ahli keluarga kita yg plg kecil iaitu bagai seorang bayi or ank kecil manusia. Ada 6 ahli kucing satu keluarga Saya bela selepas tuan asal membuang bulat-bulat sebegitu saya, abai mkn minum, tak antar veterinar buat med-chekup, vaksin, neutered n sprayed semua tidak dibuat utk si ibu kucing yg bunting ni. Selepas dah beranak dan kini usia kelima ekr miaw hampir setahun dah jaga, setiap seekor ikut giliran dibawa ke vet. Pastinya stp bulan kena sediakan dana utk kucing ni dalam budget khas meaw per bulan.. Semoga Saya mampu n bersedia utk menjaga diaorang ni dari sekecil tapak tangan secomel wajah nya sampailah dia membesar dgn sihat, riang gembira dan sentiasa selamat selalu.. Terima kasih utk pengisian n perkongsian perihal kucing yg Saya dapat jadikan rujukan.. Semoga akn terus berkongsi ilmu perihal meaw ni sampai kpd semua komuniti masyarakat tanpa kira sesiapa shj samada pencinta kucing atau orang biasa.

      Delete
  4. terimaksih diatas comment ni...harapan kami anda terus menyayangi kucing

    ReplyDelete
  5. Tu ler kucing kat umah ni pun sama...dh setahun lebih mandulkan tiba2 skrg dok gatai p pancut sana sini.....dh xpasai2 kena lockup sat....tp kat umah mmg ade sekor lg kucing jantan yg belum dimandulkan....selalu kena terkam je

    ReplyDelete
  6. Kucing jantan saya baru dimandulkan. Persoalan saya..dia masih lg nk mengawan seolah x dpt mengawal sehingga nmpk kitten betina pun dia nak cuba mengawan. Saya terpaksa bertindak mengurungnya. Ada tak ubat yg blh menghilangkan keinginan dia utk mengawan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandulkan adalah hanya menghalang daripada bunting bagi betina dan bagi jantan pula halang dari produce yg boleh menyebabkan kucing betina bunting. Tetapi mereka masih boleh bersama.

      Delete
  7. mandulkan kucing tidak dapat menghalang instinct ataupun naluri nafsunya...perkara ni ambil masa

    ReplyDelete
  8. Saya nk tanya, betul ka kucing yang sakit tidak boleh dikembiri?

    ReplyDelete
  9. ya..sebab melibatkan pembedahan kecil.

    ReplyDelete
  10. Salam..mcm mn ye nk hentikan kucing baru di rumah yang masih lagi memancut selepas dimandulkan? Buat ms skrg saya masih kurung dia di bilik berasingan dan belum kenalkn lg dgn kucing lama yg ada di rumah..

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya, macam mana penjagaan kucing jantan yang telah dimandulkan.. Adakah kena kurung dia dalam sangkar selama seminggu.. Ataw boleh dibebaskan berjalan didalam rumah..

    ReplyDelete