Sunday, April 17, 2016

Kenapa Anak Kucing Mudah Cirit

Anak kucing yang sudah mulai mempelajari memakan makanan sendiri agak mudah terdedah kepada masalah pembuangan najisnya dan lazimnya dalam bentuk cair.Jika berterusan akan mengalami cirit-birit dan jika dibiarkan berkemungkinan mengundang kematian kerana kekeringan air yang terbuang kerana cirit.Berak cirit ini mudah dikenalpastikannya iaitu ianya tercirit tanpa mengira masa dan boleh dilihat punggungnya sentiasa basah dengan kotoran najisnya.Manakala berak cair iaitu terjadi daripada anak kucing yang hanya minum susu sebagai bahan utama pemakanannya , keadaan berbeza dengan cirit birit iaitu najis cecair yang dibuangkannya lebih teratur dari segi masa dan lazimnya sehari sekali dan mudah kering.


Anak kucing yang baru belajar memakan makanannya sendiri masih lagi tidak begitu sempurna lagi perut serta sistem penghadamannya yang masih lagi dalam proses tumbesaran.Namun, mereka perlu latih-dirikan mereka untuk mula memakan sendiri walaupun akan menghadapi masalah risiko berak cair.

Punca anak kucing cirit:
1) Terlebih makan ataupun gelojoh makan kerana tamak berebut-rebut dengan adik-beradik sebayanya dan menyebabkannya memakan terlebih dari perlu.
2) Susu lembu antara penyebab utama mereka cirit kerana susu lembu kaya dengan laktosa , manakala mereka tiada enzim untuk menyeleraikannya dan terhasil cirit.
3) Jangkitan cacing , mereka memang terdedah kepada kecacingan.
4) Tukar makanan , anak kucing perlukan masa untuk keserasian kepada sesuatu makanan , penukaran secara mendadak akan sebabkannya cirit.Jika perlu makanan yang hendak ditukarkan adalah secara campur baru+lama secara beransur-ansur sehingga akhirnya cuma tinggal makanan baru.Proses ini selalunya memakan masa sebulan.
5) Makanan basi ataupun makanan yang terdedah lebih 24jam kerana ini menarik minat bakteria berkongsi makanannya
6) Mangkuk makanan & air yang tidak dicucikan dan mengundang pencemaran makanan & air..jika mereka mengalami cirit birit sebaiknya dicucikan setiap hari .

*** No1, 2 ,3 & 4 adalah punca utama mengikut pengalaman***


Anak kucing yang mengalami cirit perlu diberi minum secukupnya yang mungkin kerana kehilangan air disebabkan cirit untuk mengelakkan kematian.
Perlu dikenalpastikan punca-puncanya cirit dan cirit adalah simptomnya saja bukannya penyakit.Dari sini , bolehlah mengatasi masalahnya yang cirit birit.


No comments:

Post a Comment