Sunday, May 1, 2016

Ibu Kucing Kurus selepas Bersalin

Secara umumnya ibu kucing hilang selera makannya selepas melahirkan anak-anaknya dan selalunya selepas 24jam ibu kucing melahirkan kesemua anak-anaknya baru terasa sedikit keinginan kepada minuman dan makanannya.Namun bergantung kepada ibu kucing itu sendiri jumlah yang akan dimakannya kerana masih lagi kurang selera makan selepas bertungkus-lumus melahirkan anak-anaknya.

Ibu kucing perlukan makanan yang kaya dengan zat dan sebagainya kerana makanan yang dimakannya adalah kebanyakan diserapkan kepada pembentukan susu serta juga untuk dirinya sendiri sebagai punca pemulihan selepas bersalin.Makanan yang high premium catfood ataupun makanan high premium untuk kittenfood(makanan kitten banyak zat) adalah bersesuain untuk memenuhi kehendaknya.Ini dapat mengurangkan serta mengelakkannya menjadi kurus ataupun berat badan yang rendah berbandingkan berat badan normal.


Selera makan ibu kucing masih lagi kurang di awal kelahiran sehingga 1-2 minggu dan lebih cenderung kepada si ibu kepada menyusukan anak-anaknya sehingga terlangkau masa makannya sendiri.Perlu kita sediakan makanan serta bekas minunam sentiasa ada berdekatan kepadanya untuk memudahkannya memakan lebih kerap diluar waktu susuannya.Ibu kucing agak sukar keluar dari sarangnya meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil dan sekiranya punca makanan dan minumannya terletak jauh , maka ianya lebih terdesak untuk mengelakkannya keluar ke makanannya dan terpaksa berpuasa sementara.Ini kerana ibu kucing lebih mementingkan keselamatan anak-anaknya.

Selepas anak-anaknya sudah putus susu ,digalakkan memberi semula makanan yang dimakannya sebelum ini untuk mengelakkannya kegemukan.


3 comments:

  1. As'salam..
    Nak tnya, klu kucing baru branak, bole tak di mandulkan cara tradisional, sprti beri mkn yis,. Tak de efek ke pada baby kucing yg mnyusu..

    ReplyDelete
  2. Salam kucing sy nama teja .dia br melahirkan ank 4ekor..ni dh masuk sebulan .dia x selera mkn..Dan kurang susu .se ekor sudh mati anknya. Krn kurang susu Dr ibunya.ada lg 3ekor..gemuk2 tp inu nya kurus x selera mkn .jd mkn APA yg ptut sy beri pd IBU kucing ..utk menambah seleranya Dan ber tambah susu utk ank nya.tol respon sy..fiona

    ReplyDelete
  3. jika kucing hilang selera makan ianya disebabkan tahap kesihatannya iaitu kemungkinan dalm kesakitan/sakit yg kita tak ketahui.bila kucing sakit mereka tidak makan dan hnya makan sikit sja.Perlu dirawat utk kenalpasti masalahnya.

    ReplyDelete