Thursday, March 10, 2011

Kenapa Kucing bergaduh

Kucing bergaduh sesama mereka disebabkan beberapa alasan tertentu yang berperangai diwarisinya dari keturunan nenek moyangnya "Big Cat" yang hidup di habitat liar semulajadi.Keadaan ini agak menyukarkan kepada pemilik kucing yang mempunyai beberapa ekor yang dibelanya serta tinggal sebumbung dengan bebasnya terutamanya dari kucing jantan sesama mereka kerana perangai kucing memang sukar diramalkan walaupun sudah manja serta jinak dengan kita.

Ini antara sebab-sebabnya kucing bergaduh
1) Tunjuk kuasa- Kucing terpaksa bergaduh sesama sendiri bagi menunjukkan kekuasaan dalam tertentuan kedudukan dalam "hierarchy" nya terutamanya di kalangan kucing jantan yang dibela sebumbung.

KucingUtara Famili: Reza yang masih muda diuji oleh JoJo yang lebih senior tentang kekuasaannya

2) Kawasan dicerobohi-Kucing yang sudah lama mendiami sesuatu tempat akan menyerang kucing lain yang baru kerana tidak suka kawasan "privacy" yang sudah pun ditandakan sebelum ini diceroboh.Kucing bersifat suka memiliki sesuatu terutamanya tempatnya sendiri dengan membuat tandaan melalui baunya(melalui geselan),air kencing dan juga cakaran.Kucing juga akan menyerang kucing lain yang sudah dikenalinya selama ini kerana mem"bahasa"kan seperti JGN MASUK KAWASAN AKU...
3) Kehendak Seksual- Ini adalah punca yang utama bilamana 2 ekor kucing jantan bergaduh sesama mereka kerana yang menang akan dapat kucing betina di kawasan tersebut dan yang kalah terpaksa hindari atuapun keluar dari kawasan itu serta merta..Ini menyukarkan bagi kita yang mempunyai 2 ekor kucing jantan tinggal sebumbung dan jika tidak diambil sebarang tindakan kedua-duanya tetap akan bergaduh bila bertembung.

Bagaimana Elakkan kucing bergaduh ?
Tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya bergaduh sesama mereka,namun ini antara tindakan kita yang mungkin dapat membantu:
1) Pisahkan- pisahkan kedua-duanya buat selama-lamanya seperti memberikan salah seekor kepada orang lain untuk dibela.
2) Asingkan-elakannya bertembung lagi, seperti salah seekor darinya dikurung manakala sekor lagi dibebaskan dan begitulah sebaliknya dilakukan secara giliran..Namun ini masih membuatkannya berdendam dan tetap akan menyerang kucing yang dikurung kerana masih berbau kucing satu lagi.Kaedah ini hanya membantu kurangkan pergaduhan tetapi tidak menghilangkan perasaan germnya itu.Tidak begitu effektif melalui cara ini..
3) Kembiri-Ini juga dapat membantu kepada kehendak seksualnya menurun dan tidak perlu lagi bersusah payah tunjuk "kejantanan"nya lagi.
***Kucing memang sukar diramalkan sikap ataupun tingkahlakunya,hari-hari nampaknya baik antara satu sama lain seperti jilat-menjilat,tetiba bergaduh secara agresif***

20 comments:

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

sy selalu tgok y no.3 tu...
org nga dok meeting pown, diaorg bole syok2 nak wat no.3 tu...
astagfirullah alzim..

nasib baik binatag..aihh~
hihi

Kucing Utara said...

nk wat mcmmana..dh dunia kucing..itulah cara hidup mereka...

ctpayong said...

yang tak sanggup yu bila dia mula tanda kawasan. habes towel mandi kita...grrrrr.

nak buat camner...dah sayang. nak pukul pum kesian.

Unknown said...

xda anak kucing tok d jual?

Kucing Utara said...

ada...anak kucing yg baru tu..MaineCoon+Persian..

FazMelati said...

entry best ni, slalu i fikir kucing i gaduh sebab betina ataupun sebab jeles, rupanya ada perebutan hak kuasa jugakkan,.. hehee comellllll!!!

Unknown said...

brape harga?
colour apa?
ada white persian male x?

Kucing Utara said...

Vixenlady..tngok N3 "anak kucing 3minggu"utk photo kitten..yg oren & belang tu dh di booking org..
Klau nk tahu lebih lnjut..PM sya di FB..

Afiqah Nabilah said...

Kalau saya buat no.2 tu boleh ke?secara bergilir2.sebab Elmo dan Nemo bergaduh,tak tahan la...kalau buat no.1 sayanglah..tapi TERPAKSA...

Kucing Utara said...

sya pun ada 3 ekor bapa kucen...jdi sya pakai petua no2....

Afiqah Nabilah said...

thanks...

scha_Meymey said...

Kucing saya selalu gaduh, betina dgn betina , berebut makanan, kenapa?

Anonymous said...

Ada sesisapa nak kucing jantan, umur setahun sebulan. Kucing biasa, saya ada 3ekor kucing jantan, jiga baik. Badan semua besar2.

Adikchiek said...

Kucing sye pun bergaduh juga...dah masuk 3har berturut2 dah...dah 3tahun elok je sebelum nie...but 3hari lepas pelik perangai.. Gaduh yg sangat teruk...tak boleh bertentang mata langsung...kalau jantan ngan jantan tak heran...nie jantan ngan betina yg bermusuhan...ngan 2ekor lagi adik beradik lain tak de masaalah,,.risau dibuat nya...smalam kul 4pagi tiba2 menjerit kuat bergaduh lagi...so hari nie seekor duk dlm sangkar dulu time Gi kerja...

Adikchiek said...

Gaduh kali nie dah mcm putus sedara terus dah.,.dah lama bela kucing ..nie first time jumpa situasi mcm nie,,sampai berdarah kuku memasing...yg jantan tak nak kalah,..yg betina pun tak nak kalah.,.yg jantan dah lama kembirikan...

Unknown said...

Sy da sekor kucing sblom ni mmg mnja gila tp bila sy ambk lg sekoq kucing bru...yg lma tros mrjuk then ska cakar tuan sndri...��sdeh..tp xkn nk bg dkt org len..syg klw nk bg dkt org....da dk jln pnyelesaian utk bg depa berbaik...��

Kucing Utara said...

kucing mengambilmasa utk berbaik kawan dan mereka tidak suka barangn mereka dikongsikan..tetapi jika kedua-duanya adalah jantan ,,kes ni memang sukar utk mereka jdi kawan..

Anonymous said...

kucing saya da dikembiri dua2 jantan,yg senior slalu gado dgn yang junior,dlm ramai2 dia aim yang tu je.. xtaw nk buat ape.. last choice terpaksa di asingkan je. ade cara lain x?

Anonymous said...

kucing saya dua dua jantan. alhamdulillah boleh berbaik..dua dua dah dikembiri..first kne byk bersabar & adil dgn dua2 kucing..memula kne gilir2 masuk sangkar..bia diorg bau masing2..lps tu bg makan sama2..bg lepas dpn2 tapi hendak la dipantau smpi diorg jd bff..

Anonymous said...

Macam mana dengan anak kucing yang berumur 6 minggu suka bergaduh dengan adiknya (dua-dua ekor jantan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...