Showing posts with label Kuku Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kuku Kucing. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Kuku Kucing

Apa-apapun kita perlu memahami struktur biologi mengenai kuku-kuku kucing yang kita pelihara.
Tertanya-tanya bagi sesetengah penyayang kucing tentang bagaimana hendak memotong kuku kucingnya sendiri tanpa perlu dihantarkan kepada petshop.
Struktur Kuku Kucing:
Kuku kucing adalah berbeza daripada kuku kita kerana mempunyai "Quick" saluran darah saraf di dalam kukunya.
Gambar diatas menunjukkan kedudukan "QUICK"nya di dalam kuku kucing dan ini terdapat di kesemua kukunya.
"Quick" berfungsi untuk kucing mengawal pergerakan kuku-kukunya iaitu menegangkannya bagi mengeluarkan kuku-kukunya dan mengendurkannya bagi menyembunyikan kuku-kukunya.
Bagi mengesan kedudukan"Quick" ini sangat mudah ,perhatikan warna merah di dalam kukunya seperti gambar diatas sebelum memotong kukunya.

Tip ketika memotong kukunya:
~Gunakan pemotong kuku khas untuk kuku yang berbentuk gunting bukannya pengepit kuku kita kerana gunting kuku ini diciptakan untuk kuku kucing yang berbentuk bulat.
~Pengepit kuku kita pula diciptakan untuk kuku yang leper dan boleh merosakkan kukunya.
~Potong kukunya semasa kucing tenang seperti selepas bangun dari tidur dan bukannya selepas bermain kerana ia akan bertindak aggresif.
~Jika terpotong "Quick" ini selalunya pendarahan akan berhenti sendirinya dalam 3~ 5 minit.
~Untuk mempercepatkan pendarahan berhenti boleh gunakan "styptic pencil" yang digunakan dalam kosmetic produk seperti di saloon kecantikan...

Thursday, October 7, 2010

Tips hindari kucing cakar perabut

Kucing memang suka mencakar bahan yang berasaskan kayu terutamanya perabut di rumah kita serta ianya juga tertarik untuk mencakar-cakar permaidaini yang terhampar di ruang tamu.

Memarahinya ataupun menghalangnya tidak akan berhasil kerana kucing adalah haiwan yang menggangapkan tempat tinggalnya adalah kawasannya walaupun ianya berkongsi dengan kita.Dengan kata lain menumpang dengan kita tetapi baginya tiada istilah tumpang dalam kamus hidupnya.

Cara yang boleh hindarinya mencakar lagi:
Sebagai contoh ianya selalu mencakar pada kaki meja makan pada setiap kali ianya berpusing-pusing di kawasan itu.
Langkah terbaik adalah mengeluarkan set meja makan dari tempat itu dan ianya tidak boleh lagi mencakar.
MANA MUNGKIN...kita tidak boleh buang segala perabut untuk bertolak ansur dengannya kan???


Memperkenalkannya kepada scratching post adalah yang terbaik namun agak sukar untuk melatihnya.
Tips untuk melatih mencakar tiang cakar:
1) Letakkan tiang cakar ini dekat dengan tempat yang selalu dicakarnya(contoh tiang meja, letakkan betul-betul disebelah kaki meja itu)
2) Biarkannya hampiri tiang cakar sambil menciumnya dan alihkannya ke tiang cakar sekiranya masih sukakan "kaki meja".
3) Sekiranya tidak hasil, letakkan Catnip di tiang cakar untuk menarik perhatiannya.
4) Pastikan tiang post ini diletakkan di dalam sangkar bersama-samanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...