Showing posts with label Cenderahati Kucing. Show all posts
Showing posts with label Cenderahati Kucing. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Welcome Signage Kucing

Semasa keluar bershopping hari ahad lalu ,terjumpa pula "Welcome Friends" signage yang ada seekor kucing oren sebagai imagenya yang dijual dalam kedai cenderahati bertemakan "English Cottage".Jadi tanpa fikir panjang lagi beli satu untuk diletakkan di 'banglo' sangkar anak-anak kucing persian iaitu untuk "Rezza & Laila"...Angan-angan tu nak hias sikit "banglo" besi mereka berdua ni....

"Welcome Friends" ni diperbuat daripada kayu dan menggunakan warna yang agak lembut sikit serta bersesuaian dengan temanya.

 Image kucing oren yang terpapar di "signage"..

 Laila tersandar kepenatan lepas bermain di dalam "banglo"nya.Lepas saja gantung signage tu di luar sangkarnya ..apa lagi terus saja bermain ..dihulurkan kakinya sambil menolak-nolak signage sambil bermain...apalagi berbunyilah signage ni terketuk sangkar...lagi bertambah seronok bermain....

Akhirnya...signage ni tergantung di pintu bilik....apa-apapun comel pulak jika diperhatikannya...

Monday, December 27, 2010

Key Chain Kucing

Akhirnya..hampir selesai sudah cuti akhir tahun sekolah untuk tahun 2010.Biasalah bila keluar bercuti tu & berkunjung ke tempat yang menarik ..mestilah cari cenderahati untuk buat kenang-kenangan..Cenderahati yang berkait dengan kucing ni susah gak nak lepaskan peluang ..mesti terbeli punya..
Apa yang menarik adalah kedua-dua "Key Chain" ni hampir serupa tapi beli di tempat yang berbeza iaitu satu dibeli di R&R ,Sungai Perak dan satu lagi pula dari Kuching ,Sarawak..

"Key chain" kucing dari Sungai Perak...bentuknya agak memanjang di bahagian ekor...

"Key chain" kucing dari Kuching Sarawak...bentuknya agak membulat di bahagian ekor kerana terdapat bebola angin & bila dipicit akan mengeluarkan bunyi...
 
Kedua-dua "Key chain" kucing dilihat secara bandingan & kedua-duanya lebih kurang sama saja dari segi saiznya dan hasilan rupa bentuk kucing...comel...

Saturday, November 13, 2010

T-Shirt kucing

T-shirt ini agak menarik jugak kerana mencetakkan gambar 3 ekor kucing di bahagian depan dan belakang T-shirt ini...
Apa yang menarik , gambar kucing dicetakkan di T-shirt mengikut pandangan kedudukan kucing itu serta lukisan sangat cantik...
Pandangan hadapan T-shirt ,3 ekor kucing iaitu Siamese, Persian dan Tabby cat...
     Pandang belakang T-shirt , agak seksi punggung kucing-kucing ni...

Tuesday, November 9, 2010

Souvenir dari Penang Bird Park

Tak disangka pulak di Penang Bird Park ada souvenir mainan kucing ...walaupun tak kena-mengena dengan temanya.Mungkin kucing suka burung kot, jadi cenderahati mainan kucing pun dijualnya....

Mainan ini bukan untuk kucing tapi menarik sebab kucing ni boleh gerak bila ditekannya kerana setiap struktur badannya terikat dengan tali di dalamnya.
Keadaan asalnya...Pinky

Tekan sikit aja dah menyenget pinky ni.....

Terbaring terus....bila ditekan lagi

Macam-macam aksi dia boleh buat seronok juga layan mainan ni ...jadi bertambah lagi koleksi "kucing"

Friday, October 29, 2010

Happy Birthday!!!!!!

Jam sudah pun pukul 12:05am ......29th October 2010
Happy Birthday!!!Happy Birthday!!!!...kepada sesiapa yang sambut "birthday"nya hari ini...

                                          Who's Birthday?

                                           My Birthday!!!

                                          Happy Birthday!!!!!

Sunday, October 24, 2010

Selipar Kucing

Semalam ..masa keluar pergi Jusco ,terbeli pulak sepasang selipar Crocs warna coklat...
Dah alergik dengan barang kucing ini..kalau tak ada clip on kucing tu ...tak beli kot.......
apa yang menarik tentang selipar ini ..ada clip-on assesorinya dan macam-macam boleh letak....

Jadi..belilah sepasang selipar dengan tambah clip on 'kucing'...
                                         Selipar baru.....

                                         Clip on di selipar kucing hitam
                                        Sebelah lagi clip on di selipar....kucing kuning

Saturday, October 9, 2010

Kucing kraf

Hasilan kraf kucing daripada kayu..
Menarik dan sesuai digunakan sebagai pemberat kertas diatas meja


Ini pula hasilan dari ceramik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...