Showing posts with label Bahaya Najis Kucing. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Najis Kucing. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Risiko Najis Kucing kepada Manusia

Najis kucing yang kita kendalikan seharian dari kotak najisnya ataupun najisnya yang terdapat di luar sana adalah berisiko untuk kita.Ini kerana terdapat beberapa penyakit yang dapat disebarkannya terutamanya jenis parasit dan juga cacing.

Jangkitan dari najis kucing:
1) Toxoplasma- iaitu parasit yang terdapat di dalam najis kucing yang sudah dihinggapinya parasit ini di dalam badannya.Bersnetun secara terus najisnya boleh menyebabkan ianya terserebak kepada kita kerana terlekat pada tangan kita.Parasit ni juga mudah merebak kepada masakan serapa masak.Amat berisiko kepada kanak-kanak dan perempuan yang mengandung.Kecacatan kepada janin ataupun keguguran mungkin salah satu kesannya.
***Tips: Elakkan perempuan mengandung membuang naajis kucing kerana mereka berisiko tinggi serta mudah dijangkiti***

2) Roundworm cacing-cacing ni juga terdapat didalam najis kucing dan juga najis anjing.Kita terjangkit jika tersnetuh najisnya yang sudah mempunyai larva telur yang terbentuk dalam masa 2-3hari selepas kucing membuang air besar.
***Tips Penting: Najis kucing perlu dibuangkan dengan segera dalam masa 24 jam kerana dalam masa ini belum sempat lagi larva telur terbentuk ataupun matang.Jangan dibiarkannya terkambus dalam kotak pasirnya kerana larva ini mulai bertelur & mengeram***
3) Hookworm cacing-Cacing jenis ini juga terdapat di dalam najis kucing dan kesan awal kepada kita merasa gatal-gatal kulit kerana larva menyerap masuk.
***Sebagai langkah keselematan diri,kita perlu memakai sarung tangan getah ketika membuang najisnya dan juga perlu dicuci dengan sabun berubat selepas selesai pembersihan najisnya.Najisnya perlu dibuang secepat mungkin untuk elakkan pembiakan larva parasit****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...