Showing posts with label Cara kucing menyukai Kita. Show all posts
Showing posts with label Cara kucing menyukai Kita. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Cara membuat kucing menyukai Kita

Kucing adalah haiwan yang sukar difahami apa yang difikirkannya.Mereka bukannya mudah menerima kehadiran kita sepertimana ditunjukkan oleh anjing yang mudah bermesra dengan kita walaupun baru dikenalinya. Kucing tidak selalunya datang apabila mereka dipanggil malah mereka tidak pedulikan kita walaupun berkali-kali namanya dipanggil.Perkara inilah yang menjadi kesukaran kepada kita bilamana mengambil-angkatkan kucing samada yang terbiar ataupun diberikan oleh teman/kawan kita.


Pemberi Makanan kepadanya:
Mengisi mangkuk makanan atau membuka makanan tin di hadapannya semasa menghidangkan makanan kepadanya adalah lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan,perhatian dan kasih saying terhasil antara kita dengannya.Lama kelamaan, kucing akan mula mencari orang yang memberi makan kepadanya kerana mereka sudah rasa kita sebagai "sumber bekas makanannya".


Mengambil Masa & Bersabar
Kucing selalunya mengambil masa untuk menjalin persahabatan terhadap sesiapa yang mereka temui termasuk kita juga.Mereka akan meninjau keadaan sekeliling yang baru baginya seperti kehadiran kucing/haiwan lain dalam rumah dan juga menilai tahap keselamatan di persekitaran pemilik barunya. Sesetengah kucing mengambil beberapa tahun untuk benar-benar menghasilkan satu "penerimaan" terhadap keadaan sekelilingnya. Kita harus bersabar dalam keadaan sebegini. Jangan sekali-kali menjerit atau memukulnya kerana ini akan mendorongkannya merasa tidak selamat dan disayangi .


Ketenangan PersekitaranKucing adalah haiwan yang pentingkan ketenangan/aman/sunyi dan cenderung untuk memilih tempat yang lebih tenang daripada persekitaran bising, sibuk dan riuh. Sebagai contoh,Jika anda pulang ke rumah  dan membuat bising dengan kuat atau mendekati secara tetiba-tiba ,sudah tentu tindakbalasnya adalah "Melarikan dirinya" bersembunyi.

Jangan Paksa Kucing adalah sangat pentingkan kebebasan dan berdikari atupun lebih gemari bersendirian. Mereka lebih cenderung untuk menjauhkan diri dari kita , tidak mahu diriba,  tidak datang apabila dipanggil dan sebagainya.Ini kerana mereka akan berbuat sesuatu terhadap kita bilamana mereka perlukan sesuatu seperti makanan, mahu keluar dan lain-lainnya.Jika paksaan terjadi terhadapnya sebagai contoh jika anda memaksanya duduk di pangkuan anda atau diriba ,ianya merasa terancam.

Setiap kucing mempunyai personaliti yang unik.Ada kucing yang suka berjalan antara kaki kita,ada yang suka melompat dan merapat dirinya kepada kita bilamana duduk di sofa,ada yang suka duduk di sebelah dan ada yang suka duduk di dalam bilik yang sama atau ada yang suka duduk di tempat tinggi ,di mana mereka boleh melihat kita dan sebagainya.

Adalah penting untuk kita mengambil masa untuk mengenali kucing yang baru kita ambil dan mengetahui apa kesukaaannya. Kucing itu akhirnya akan mempercayai kita dan membuat langkah-langkah ke arah menjadi lebih penyayang terhadap kita.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...