Kucing Nakal
Memang agak sukar juga bila kucing kesayangan agak nakal dan bersifat agresif serta suka memanjat , bermain apa saja yang terlintas difikirannya , suka melompat ke sana sini ,malah meja makan adalah tempat yang paling suka baginya melompat...
Ada juga yang akan mengigit kita dengan kuat ketika mengangkatnya seolah-olah melawan balik tindakan kita.
Kesalahan kita menangani kucing:
Apabila perbuatan nakal yang dilakukan oleh kucing,sesetengah kita secara spontannya memukul, menjentik telinganya dan pelbagai cara lain secara fizikal menyakitkan kucing..agar ianya berhenti berkelakuan begitu.
Kucing tidak akan faham makna "hukum" ini didalam fikirannya,yang diambil faham dari kucing adalah terus menganggapkan dirinya sudah terancam dari kita selama-lamanya kerana telah disakiti.
Kucing juga akan menganggapkan kita sebagai "musuh" utamanya bila kita sudah mula memukulnya, walaupun sudah lama bersama serta mengenali kita. Ini berlaku di sesetengah penyayang & pembela kucing dan mereka merasa hairan kenapa kucingnya yang sudah lama dibela menjadi agresif ,garang serta akan mengigit bila cuba memegangnya.

Cara terbaik menghukum kucing:
1) Spray air- Gunakannya untuk menyembur air kepada kucing untuk menakutkannya tetapi tidak menyakitinya...Jika disembur, kucing akan terhenti kerana terkejut.
Ataupun...
2) Hembus ke mukanya, ini juga cara lain untuk menghentikannya.
***Jangan sesekali memukul kucing kerana kucing adalah kuat pendendam & ianya akan menjadi lebih ganas & garang lagi serta bertambah agresif di masa hadapan****