Showing posts with label Famili KucingUtara. Show all posts
Showing posts with label Famili KucingUtara. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Anak kucing Bulan Ramadhan

Tengahari hari ini, Daisy berbaka MaineCoon dengan selamat dan jayanya melahirkan anak-anaknya seramai 5 ekor tanpa sebarang masalah.Kecekapannya terpuji kerana melahirkan anak-anaknya tanpa sebarang masalah dengan setiap 15 minit ianya melahirkan anak-anaknya.

Daisy menyusui anak-anaknya selepas proses kelahiran selepas menyucikan setiap seekor anak-anaknya dari kesan karung urinya.

Anak-anaknya ini adalah baka campuran MaineCoon(namanya Daisy) dan Persian(Namanya Jumaat).

"Jumaat" a.k.a "A'at" Persian jantan dan anak-anak kucing ini adalah anak sulung pertama baginya.

Wednesday, June 29, 2011

Anak Kucing Parsi Tortoise Color

Hari ini , sudah bertambah lagi ahli Famili kucing utara dengan kemasukan baru seekor lagi anak kucing berbaka persian yang berwarna oren & hitam.Ianya sangat jinak serta manja dan mudah mersa dengan sesiapa saja.Amat gemari bila diusap-usapkan bulu-bulunya.

Nama Timangan: CiTam
Jantina: Betina
Umur: 4 bulan
Corak Bulu: Tortoise color
Makanan: Dry food

Keadaan Citam sihat dan cergas ,namun esok akan diberikan ubat cacing untuknya kerana belum pernah mengambilnya lagi.

***Jika berminat untuk memilikinya,sila hubungi di Facebook ataupun tinggalkan message di ruang "comment"**

Friday, April 1, 2011

Leha kucing kampung

Seekor kucing kampung berbaka "Malay Cat" telah diambil dari sebuah kampung di utara dan kucing ini mempunyai ciri-ciri fizikal seperti yang tertulis dalam entri sebeulum ini mengenai baka ini dan dikenali sebagai "Malay Cat".Ini adalah kerana ianya mempunyai ekor "kinked tail" bersimpul bukannya "Bob Tail" iaitu ekor kontot seperti kucing berbaka jenis Japanese Bobtail.

Inilah photo kucing kampung yang berbulu oren dan mempunyai ekor bersimpul serta dianggarkan baru berumur 5 bulan dan ianya adalah betina.

Rupa mukanya bercirikan muka yang panjang dan kucing ini dinamakan "Leha" sebagai nama timangannya.

"Leha" sangat manja dan mudah mesra dengan sesiapapun serta amat suka jika diusap-usapkan bahagain badannya.Sebelum ini, ianya hanya memakan nasi berlauk tetapi sekarang sudah pun memakan makanan premium dryfood bersama-sama warga Kucing Utara yang lain....

Tuesday, March 8, 2011

Kucing Parsi- Jumaat & Oshin

Entri kali ni cuma mahu memperkenalkan kucing parsi beribukan kucing parsi semi-flat face "MiMi" dan lebih kurang setahun yang lalu , telah melahirkan lima ekor anak kembarnya yang comel-comel belaka..empat ekor daripada mereka ni sudah pun bertuan baru dan hanya anak kucing yang dinamakan "jumaat" tinggal bersama-sama geng KucingUtara...

Photo ini diambil ketika mereka 5 beradik berumur 2 bulan dan dari kanan gambar adalah "Garfield","Noni","Nona","Jumaat" & "Oliver"(Mukanya terlindung semasa mengambil ini).

Dimana Mereka sekarang???
Garfield & Noni >>>berpindah ke Johor Bahru
Nona>> berpindah ke KL ..dan namanya sekarang "Oshin"
Jumaat>> masih bersama geng KucingUtara
Oliver>> berpindah ke Penaga,Pulau Pinang...dan namanya sekarang "Olivia"
Semuanya sudah pun berumur setahun serta sudah matang...malah dalam keadaan sihat walafiat....

Jumaat & Oshin Sekarang:
Jumaat 

Oshin
***Pemakanan & penjagaannya adalah faktor penting dalam pemeliharaan kucing untuk menjamin tahap kesihatannya serta penampilan yang terbaik secara fizikalnya....***

Saturday, March 5, 2011

Oshin Kucing Persian

Ini adalah kisah seekor kucing bernama "Oshin" yang sekarang ni sudah pun berbadan dua "ngandung". Insyaallah dalam masa dua minggu lagi, akan menjadi ibu buat pertama kalinya dalam hidup.Dulunya semasa kecil didalam jagaan di sini, ia dinamakan "NoNa", namun selepas diambil tuan barunya menamakannya "Oshin" dan sekarang tinggal di KL....Seronok juga dapat melihat kembali anak kucing yang pernah bersama kami suatu ketika dulu....

Gambar "oshin" semasa berumur sebulan dan sangat aktif bermain bersama saudara kembarnya seramai 5 ekor...

Gambar ini pula diberikan oleh tuan barunya ketika berumur 5 bulan dan tidak begitu gemar diambil gambarnya , mungkin malu-malu kot.....dan juga tidak gemar disikat bulunya...

Gambar "Oshin" sekarang sudah pun dewasa berumur setahun dan sudah pun berkahwin dan berbadan dua..
***Perubahan besar dapat diperhatikan dari tumbesarannya terutama sekali dari segi warna bulu-bulunya ,walaupun semasa kecil warnanya lebih kepada kelabu tetapi warna sebenarnya adalah kehitaman.Kucing juga boleh menjadi saiz yang besar serta sihat jika diberikan makanan yang berkhasiat kepadanya.Oshin ini di jaga baik oleh tuannya dengan memberinya makanan premium****

Saturday, December 11, 2010

Kucing Parsi campuran kampung

Semasa membelek-belek album lama yang sudah tak disentuh buat beberapa tahun semasa membersihkan rumah hari ini , terjumpa pula gambar kucing parsi campuran kampung kesayangan.Kucing ini hanya makan ayam rebus ataupun ikan rebus dan dibela di awal tahun 90an dahulu semasa bujang.


Baka:Campuran parsi (ibunya parsi ,bapanya kucing kampung)
Umur hidupnya: 2 tahun saja, mati dilanggar kereta.
Jantina: Jantan
Nama Timangan: Johan (Sempena nama dari iklan susu thema "membesar sebagai johan")
Kegemarannya: Sangat suka menaiki kereta
Kelemahannya: agak kurang pandai bergaduh dengan kucing lain selalunya kalah....

***Tinggal dalam kenangan,,,,, ajalnya tiba agak awal juga****

Thursday, November 4, 2010

Kucing Parsi

Mari berkenalan pula dengan seekor lagi kucing persian berwarna "light orange"..
Dia sangat aktif bermain dan suka "membuli" bermain dengan kucing yang lain tanpa kira waktu..

Nama Timangan: Jumaat
Nama panggilan manja: A'at
Baka: Persian
Jantina: Jantan
Umur: 7 bulan
Fizikal: berbadan besar & berbulu panjang jenis chincilla
Perangainya:A'at sangat suka bermain walaupun sudah dewasa dan masih lagi kebudak-budakan.
Makanan: Terlalu memilih dan hanya makan Royal Canin
***Sangat suka di dukung & bila kita dukungnya ..jadi lembik lah badannya...buat2 manja...***

Monday, November 1, 2010

JoJo "Tomcat" Turkish Van

Petang ni nak perkenalkan pula bapa kucing "Tomcat" yang menjadi warga Kucing utara.
Kucing jantan ini adalah dari baka Turkish Van yang sangat unik perangainya tetapi begitu "aktif" sekali menghasilkan generasi keturunannya...serta cukup pandai mengurat.kucing betina...
Nama Timangan:JoJo
Baka: Turkish Van
Jantina: Male"Jantan"
Fizikal: Saiz besar
Umur: 2 tahun +++
Unik: Berbulu warna hitam di kepala(seperti rambut) & ekornya ,telinganya boleh berpusing ke belakang...
Jojo suka bermain bola ...tapi tidak suka didukung maklumlah dah jadi "bapa" dan lelangit mulutnya berwarna hitam..
"Tomcat"ini adalah gelaran yang diberikan oleh breeder kepada pembaka kucing jantan"

Mimi"Queen" Kucing Persian semiflat face

Mari berkenalan pula dengan "Queen" dari famili kucing utara.
Kucing ini adalah dari baka Persian semiflat face ini adalah "ibu" yang begitu produktif serta dijadikan "Queen" dalam famili ini.
Nama Timangan: Mimi
Baka: Persian semi flatface
Jantina:Female
Warna: Orange berbulu panjang
Umur: 2 tahun
Perangainya:sangat manja,suka dibelai,mesra dengan sesiapa saja, aktif bermain(menikus) serta bersikap keibuan.

Sunday, October 31, 2010

Daisy Kucing Maine Coon

Semalam seekor kucing lagi menjadi ahli keluarga KucingUtara....
Kucing baka Maine Coon ini memang sudah lama inginkannya kerana faktor saiznya & ianya adalah Raja Kucing "The Cat Boss".
Nama timangan: Daisy
Baka: Maine Coon
Umur: 10 bulan
Jantina: Female..sudah galak
Perangainya: Masih malu-malu

Saturday, October 9, 2010

Anak Kucing Persian Baru

Hari ini 2 ekor anak kucing persian menjadi ahli keluarga baru dalam "Famili Kucing Utara".
Kedua-duanya baru berumur 2 bulan adalah sepasang (jantan & betina).

 Anak kucing ini jantan diberikan namanya "Reza".Ia suka bermain dan aktif.

Anak kucing ini pula betina diberikan namanya "laila".Ia masih malu-malu & takut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...