Di awal pagi hari ini 27th Januari 2011, kucing Maine coon yang bernama "daisy' dengan selamatnya melahirkan anak-anaknya seramai lima ekor tanpa sebarang masalah dan semua anak-anaknya sihat tanpa sebarang gangguan dari segi fizikalnya...
Daisy sudah pun mengharungi pengalaman pertama dalam hidupnya sebagai ibu dan melahirkan anaknya di dalam jangkamasa ulangan bersalin lebih kurang pada kadar setiap 30 minit hinggalah anak kelimanya lahir...
Daisy menyusui anak-anaknya dan empat ekor dari anak-anaknya berwarna dwi-warna iaitu hitam & putih tetapi pelik juga yang seekor ini saja berwarna oren & putih dan mungkin diturun-baka dari sebelah "daisy" yang mempunyai beberapa warna campuran...termasuk kekuningan
Keadaan "daisy" sedang menyusui anak-anaknya serta menjilat-jilat anak-anaknya dan sentiasa memeluk anak-anaknya untuk memberi tahap suhu badan yang optimum.... Nampaknya "daisy' secara nalurinya tahu menjaga anak-anaknya serta tidak menunjukkan sebarang masalah sikapnya untuk menjadi ibu...

Tips selepas dilahirkan:
***Di waktu awal kelahiran ini adalah yang terpenting untuk memastikan ibu kucing boleh menjaga sendiri anak-anaknya, tetapi JANGAN SESEKALI MENGAMBIL ANAKNYA kerana ibu kucing akan memberi ataupun melepaskan tanggungjawab kepada sesiapa yang ambil anaknya.Ini dapat dilihat,jika kita mengambil anaknya kemudian meletakkan kembali kepadanya kemungkinan ia tidak akan peduli lagi anak itu tadi***Jojo "abah" ...sudah pun mempunyai anak termasuk anak "daisy" menjadikan anak-anaknya seramai 10 ekor... Hitam & putih warna anak-anak kucing ini diturun-baka darinya....