Friday, March 25, 2011

Pemakanan Kucing Ketika Mengandung

Apabila  kucing kesayangan sudah mengandung, masalah makanan apakah yang bersesuaian untuknya pula bermain-main di fikiran.Ini adalah persoalan yang selalu dirisaukan sesetengah penyayang kucing.Maklumlah sudah sayangkannya ,malah sanggup mengambilberat tentang pemakanannya.


Apa yang diperlukan oleh seekor kucing "Queen" ketika mengandung adalah mudah iaitu jumlah kalori ynag tinggi dalam pemakanannya kerana perlukan jumlah tenaga yang banyak untuk kesihatan serta juga anak yang dikandungnya.Ini kerana seekor kucing secara puratanya mengandungkan lebih kurang 4- 5 ekor di dalam perutnya.Secara umumnya bila kucing mengandung ianya akan makan 2-3kali ganda dari kebiasaaannya.


Makanan yang mengandungi sumber protein & kalsium juga adalah penting dalam pemilihan makanan untuknya dalam pembentukan "anak-anaknya" di dalam kandungannya.Oleh kerana itu terdapat dalam pasaran makanan kucing yang premium seperti Royal Canin yang merumus khas makanan untuk kucing yang mengandung tetapi agak mahal...
Bagaimana ya??? Mudah saja ..beri saja ia makan KITTEN FOOD kerana makanan untuk anak kucing sudah dirumus khas serta kaya dengan protein & kalsium serta juga boleh memberikannya kadar kalori yang tinggi.

3 comments:

Anonymous said...

eh mengandung? bkn bunting ke?
hakhak

Cik tikah said...

comel!

Unknown said...

klu bagi makan friskies boleh tk???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...