Wednesday, April 13, 2011

Tumbesaran Anak Kucing Siamese

Anak kucing berbaka siamase semasa dilahirkan adalah keseluruhannya berwarna bulu putih ataupun "cream" dan sangat menarik mengenai kucing Siamese adalah ketika dilahirkan tompok hitam di telinga dan hidung tidak lagi kelihatan ataupun terbentuk>>>Tompok ini hanya akan muncul selepas berumur 3 minggu ke atas.


> 1 minggu
Masih lagi berbulu putih dan seperti anak kucing lain matanya belum terbuka serta telinga tertutup ke bawah dan tidak lagi berfungsi.Banyak tidur dalam kehidupan sehariannya.
> 2 minggu
Matanya sudah terbuka dan sense hidungnya mulai berfungsi untuk mengesan bau dan berat badannya akan bertambah 2 kali ganda.

> 3 Minggu
Telinga mulai terbuka ataupun menegak serta masih lemah peka kepada bunyi serta giginya mulai tumbuh.Ketika berumur peringkat ini juga tompok kehitaman di hidung dan di kedua-dua telinganya akan kelihatan sedikit tetapi warna masih lagi belum terang dan masih pudar.Masa ini juga ibunya akan mengajar anaknya menggunakan "tandas" semulajadi dengan betul.

>4 minggu
Sudah mengalami proses "weaning" putus susu secara berperingkat-peringkat dan mulai mencuba memakan makanan pejal sendirinya.Sangat aktif bermain sesama mereka.
> 5 minggu
Ketika ini matanya sudah pun berfungsi dengan sepenuhnya dan juga sudah mencari serta memakan makanannya sendiri tanpa perlu bantuan ibunya.

> 8 Minggu
Warna tompok "pointed" di telinga dan hidungnya jelas kelihatan sepenuhnya dan sudahpun terbentuk secara keselurahan tompokan hitam ini di muka,telinga dan juga ekornya...

7 comments:

nur anis said...

teringin nak ada kucing baka tu..tapi x dapat lagi.

Kucing Utara said...

baru minggu lpas sya beri sekor anak kucing baka ni kepada tuan barunya...slepas post N3 mengenainya ...

Vivian said...

ada baka siam..tp bela bila dah besar..3bln mcmtu kot..

Anonymous said...

Hmm.. teringin nk bela kucing.. hhuhuhu.. sedih..

Mimi Meow said...

kenapa bulu anak kucing siam saya gugur eh? umur dia baru 3-4 bulan. baru2 nie dia ada makan ubat antibiotik sebab cirit birit. tu salah satu punca ke? risau pulak saya sebab takut kena kutu atau penyakit lain pulak.

Kucing Utara said...

berkemngkinn alahan/kesan ubat

Mimi Meow said...

ooo..ingatkan kena kutu..tq untuk info tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...