Bila saja kita terlihat kucing mengaru-garu ,sudah tentu terlintas yang kucing ini dijangkiti kutu sebagai alasan yang selalu ataupun mudah kita dengari.Memang tidak dinafikan , kutu dan parasit lain seperti hama,sekenit dan sebagainya menyebabkannya rasa gatal-gatal tetapi ini bukan saja alasannya mengaru kerana gatal-gatal.Apa yang pasti adalah tindakan mengaru ini ada beberapa sebab dan bukan hanya kerana gatal-gatal saja...
Di antara punca kucing mengaru:
1) Kutu- sudah pasti sebab kutu menyebabkan kucing merasa gatal-gatal dan pedih pada kulitnya dan kedaan gatal-gatal ini boleh melampaui tempoh masa sehingga 3 minggu jika dibiarkannya.
2) Alergik- Ini juga antara punca kucing merasa gatal-gatal kulitnya kerana pemakanan yang diambilnya kerana kucing bila cukup matangnya sudah terbina di dalam sistem badannya beberapa benda-benda yang alergik kepadanya.(Secara umumnya, sesetengah kucing alergik kepada bijirin seperti jagung dan bahan ini adalah antara kandungan didalam resepi makanan kucing jenis "dryfood").Alergik juga tidak terhad kepada makanan saja malah beberapa produk yang mengandungi bahan kimia seperti pewangi rumah,pencuci lantai ,sabun dan sebagainya.
***Bila kucing kerap mengigit-gigit , menjilat-jilat , mengaru-garu bulunya, apa yang pasti tempat tersebut iaitu kulitnya adalah sensitif(kemerahan) serta nipis , bulunya menjadi gumpalan berketul-ketul.Berkemungkinan bermasalahan dengan alergik***
3) Tertekan/kebimbangan-Bila kucing tertekan emosinya, dia akan luahkannya melalui jilatan bulu-bulunya serta mengaru-garu walaupun pada asasnya tiada rasa gatal-gatal tetapi ini adalah secara tindakbalasnya bilamasa tertekan ataupun rasa takut.
***Keadaan ini lebih banyak serta cenderung terjadi kepada kucing betina berbanding kucing jantan , seperti apa yang kita ketahui kucing betina lebihkan kehendak kepada belaian serta manja dan terlalu sensitif emosinya***
<Bila kucing mengaru adalah penting bagi kita untuk kenalpastikan sebab-sebabnya, sebab ada antaranya sudah bebas kutu namun masih lagi mengaru-garu>
7 comments:
wah thanks for the info
ademncats.com
assalamualaikum
nak tanya, tanya nak elok nak kasi kucing area butterowrth ni?ada cadangan tempat tak?
cuna klinik kat seberang jaya..
Anak kucing saya garu2 je...tak tau nape.kulit dari berbulu cantil leh jadi comot dan saya lihat mcm ada sesuatu yg bergerak pada bulunye..kutukah itu?
kutu...la tu sbb hmpir 90% ank kucing mudah dihinggapi kutu
Kenapa kucing saya kerap menggaru dbahagian telinga ?
sbbnya dijngkiti earmites
Post a Comment