Penyusuan secara botol memang tidak digalakkan kepada anak kucing yang masih kecil iaitu pada ketika usianya baru dalam linkungan 1 -2 minggu kerana anak kucing bergantung hidup terus dari susu ibunya yang kaya dengan segala nutrient yang diperlukan untuk membentuk ketahanan diri(imunisasi).
Namun keadaan ini tidak dapat dielakkan serta perlu dilakukan sekiranya ibunya mati/hilang ataupun anak-anak kucing yang terbiar dan kita perlulah memahami SUSU YANG SESUAI untuk anak kucing.Ini adalah kerana kebanyakan anak-anak kucing tidak boleh menerima Laktosa (lactose) yang terdapat di dalam susu biasa dan boleh menyebabkannya muntah, cirit-birit serta sakit perut ataupun kembung perut.
Susu khas untuk anak kucing:
Pemberian susu yang dirumuskhas untuk kucing adalah pilihan bijak kerana susu sebegini sudah pun diformulakan berdasarkan kehendak anak kucing yang perlukan nutrient serta membuang faktor-faktor kesan sampingan yang boleh memudaratkannya seperti LACTOSE FREE..
Botol susu untuk anak kucing:
Memang tidak dinafikan anak-anak kucing yang masih belum membuka matanya memang mengharapkan puting susu ibunya sebagai punca pemakanannya dan berupaya/berkebolehan untuk menghisap dan dengan bantuan botol susu khas(kecil) untuk anak kucing adalah terbaik.
Pastikan botol susu yang digunakan sentiasa dibasuh selepas digunakan dengan air suam.
Jadual Penyusuan:
Umur Kekerapan
1-2 minggu 6 kali sehari
3 minggu 4 kali sehari
4 minggu 3 kali sehari (sudah mulai putus susu)
***Jangan terlalu memaksa anak kucing meminum susu secara berlebihan ataupun disusukan secara berlebihan dari yang disyorkan seperti terdapat di label tin susu kerana tiada faedahnya***

6 comments:
comot saya dulu pun minum susu botol sebab jumpa masa dia tak boleh jalan lagi..
kami cuma bg susu infant guna botol susu baby yg kecik tu..time tu perut dia memang kembung sikit
tapi sekarang alhamdulillah dah 1 tahun kami bela dia..cuma sekarang ni antibody dia kurang kuat sikit.kalau sakit terpaksa terus pergi jumpa doktor pakar haiwan. duit habis sikit tak apa, asalkan si comot happy.
Mana nak beli and dapat benda ni ? Sila balas komen secepat mungkin tq :)
a'ah..la..mana nk dpy feeding bottle tu ek?? sy ni first time main dgn anak kucing ni..tu yg mmg tak tau apa2 pun...
sila ke fb kucingutara ,,ada disana botol susu set ni
Mne ye nk dpt kn botol susu ank kucing...
salam...cmne ye nk beli susu kucing tu..sy ade jmpe ank kucing ni..ksian dia
Post a Comment