Wednesday, October 6, 2010

Penjagaan Ibu Kucing Selepas Bersalin

Penjagaan bagi ibu kucing selepas bersalin adalah amat penting kerana faktor kesihatannya boleh mengugat kesihatan anak-anaknya yang disusuinya.

Selepas bersalin ibu kucing(jam pertama):
Ibu kucing akan mengeluarkan darah (macam nifas) yang dikenali sebagai "lochia" yang berwarna merah kehitaman untuk beberapa hari.Langkah yang akan diambilnya adalah:


Ianya akan membuang uri & tali pusat anaknya.
Bernafas kencang serta mulai "grooming" anak-anaknya.
Mulai menyusui anak-anaknya.

Selepas bersalin ibu kucing(1 minggu): 
Digalakan agar ibu kucing dan anaknya dibawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.Sekiranya ibunya belum lagi mengambil sebarang vaksin dan inilah masa yang sesuai baginya untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit kepada anak-anaknya.


Selepas bersalin ibu kucing(1-2 minggu):
Jauhinya dari kucing jantan kerana memang sudah jadi kelaziman bagi kucing yang sudah pernah beranak akan mengawan kembali.Ini selalunya berlaku selepas 1-2 minggu selepas bersalin.
Sekiranya ianya mengawan kembali, ianya tidak akan hiraukan anak-anaknya dan penjagaannya terhadap anak-anaknya semakin kurang.




                              Mimi selepas 15 minggu bersalin

Selepas bersalin ibu kucing(13 minggu): 
Pemandulan ataupun "Spay" untuk ibu kucing adalah selepas 13 minggu bersalin.
Langkah ini adalah elok dibuat untuk mengelakkannya mengandung kembali kerana kekerapannya mengandung akan bertambah risiko untuk mendapat kanser payudara"breast cancer" dan "pyometria"iaitu jangkitan rahim yang boleh membawa maut.

93 comments:

Suara Kalbu said...

Terima kasih juga untuk info berguna ini

fatin said...

Bl nk mandulkn slps 3 bkn lahirkn ank, adakah ibu kcg msh blh keluarkn susu?

Raimanda said...

Tq...

Unknown said...

Kucing saya beranak selang 3 hari.. anak pertama mati. Selang 3 hari beranak lagi 2 ekor.adakah normal?

Unknown said...

Bolehkah ibu kucing dimandikan selepas beranak.

Unknown said...

Bolehkah ibu kucing dimandikan selepas beranak.

Kucing Utara said...

X digalakkn

Unknown said...

Salam....
Saya nk tanya,kucing saya berumur 4-5 bulan tapi dia ada perangai yg sama seperti mahu beranak,jika dia betul bunting,selamat ker dia nk melahir kn ank2 nya??

nitaf said...

Salam. Nak tanya, ade makanan yg kucing tak boleh makan selepas bersalin?

Kucing Utara said...

tiada..beriknnya makann yg bnyk zat

NaJa said...

bila ms yg sesuai utk mandikan ibu kucing setelah melahirkan? sebulan?

Kucing Utara said...

selapas putususu anknya

HafizAzny said...

Nk tanya wet food or dry food sesuai utk ibu kucing baru bersalin?sbb ad anak kucing lain jd sy bg ibu kucing pn makan dry kitten food jenama cat eye dn frieskies..nk bg dia xtgglkn anak dia mcm mana..1st time kucing beranak..perlukan sedikit info..tq

HafizAzny said...

Nk tanya wet food or dry food sesuai utk ibu kucing baru bersalin?sbb ad anak kucing lain jd sy bg ibu kucing pn makan dry kitten food jenama cat eye dn frieskies..nk bg dia xtgglkn anak dia mcm mana..1st time kucing beranak..perlukan sedikit info..tq

Kucing Utara said...

wetfood paling sesuai kerana mudah hadam serta berair

Anonymous said...

Nak tnya, kenapa lepas beranak, kucing sya menggeletar seluruh badan? Dan dlm perut kucing sya masih ada anak lgi. Normal kah?

hunhan said...

Salam. Nak tanye . kenapa ek kucing sy lpas branak trus jadi kurus kering . adakah ini normal,???

Kucing Utara said...

wasalam..ya ibu kucing mudah jadi kurus selpas beranak kerana pembentukan susu dan perlu makn mkanan yg byk zat sperti high premium catfood.perkara ni ambilmasa utk kembali kpda normal weight.

onee azua said...

Assalam..sy meletakkan ibu kucing dan anknye di dlm sangkar..tapi knp ibu kucing tu nk bawak ank dia lari
#kucing utara

Kucing Utara said...

sebbnya ibukucing sentiasa akan sembunyikan anak2nya yg kecil dan selagi tempat/sarang anak2nya masih terdedah selagi itulah ianya akan sentiasa memindahkannya

Anonymous said...

Assalam. Nak tanya. Kucing saya baru lepas beranak semalam. Dua ekor. 1 mati. 1 survive. Tapi kenapa ibunya mcm buat tak endah je pada anaknya? Tak susukan anak dia. Tak bersih2 kan anak dia. Dia buat taktahuuuuu je. Kenapaaa ��

Kucing Utara said...

wasalam..besar kemngkinan anak yg selamat dilhirkan tu pun bermasalah sbb tu ibunya xpeduliknnya

Anonymous said...

Apa kesannya pada ibu kucing kalau ank2 kucing dah tak menyusu ibunya?usia ank2 kucing br sebulan lebih..

Kucing Utara said...

xda masalah kerana putussusu dn mereka sudah boleh mkn sendiri

Unknown said...

Boleh ka kucing di mandi kan selepas bersalin? sebab kucing sy semasa bersalin dia terceret dan skrg sgt busuk dan kotor apa patut saya lakukan. kerna ramai mngata kan kucing yg lepas bersalin x blh mandi.urgent need ur help.

Kucing Utara said...

Boleh tapi jangan guna syampoo yang berchemical kerana ank2nya akn keracunan jika terhisap semasa susuan badan

Unknown said...

Assalam, takpe ker mandulkan kucing?

thek27 said...

Assalamualaikum,kenapa kucing saya lps bersalin dia tak nk makan?jadi nak bg makan apa?

Kucing Utara said...

waalaikumusalam,,,ibukucing kurang/tidak makn selepas bersalin & lebih tumpukn kepda hal anak2nya terlbih dulu .lagipun ianya baru selesai proses bersalin dan agak keltihan..yg penting masa ni perlu byk minum

Unknown said...

Kalau ibu kucing tu lepas bersalin boleh tak letak air atau susu untuk dia dapatkan tenaga balik?

Kucing Utara said...

sediakan air & makanan high premium utknya ttapi susu tidak digalakkan kerana boleh sebabkannya cirit

Unknown said...

Salam,sy nak tanya. Kucing sy baru 3 hari beranak dan dia x berak. Hanya kencing je. Adakah normal atau sy kena bawa dia ke vet.Lagi satu, sy bg dia rc mother and baby cat, boleh tak kalau saya campur dengan evo sikit? TQ

Kucing Utara said...

wasalam..normal dan cara makann tu xda masalah

Unknown said...

Kucing saya kerap brnafas lpas beranak..normal ker tu?perut dia turun dan naik dgn cpat

Anonymous said...

Slm..kucing saya bernafas laju selepas bersalin dan semasa menyusu anak2nya...adakah keadaan itu normal..risau...seharian dia x rehat

Kucing Utara said...

sementara saja begini sebab keletihan melahirkan

Unknown said...

Salam nak tanya. Kucing saya beranak dalam kotak dan saya nk pindahkan die dlm sangkar. Ttp bile saya nak angkat die je die marah. So mcm mna saya nak alihkan dia dr kotak.? X kan nk bia dia tggl dkt kotak tu je. Kotk tu pon dh hancur sbb basah. Bole bg cadangan x?

Kucing Utara said...

salam..letakkan kotak baru dalam sngkar dan tutup sngkar tu dengan kain utk meredupkannya(ibu kucing terdesak pindahkn anaknya jika terletak ditempat sibuk/terang sbb tu tempat selesanya bawah katil).Sediakn maknn secukupnya utknya dn awak hanya perlu perhatikan sja dan cuma perlu utk top up mkanan/air dan baung najisnya dan biarkannya sendiri bersama anaknya sehingga 2 minggu +++

Unknown said...

Assalam.. hi.. kucing saya baru beranak.. tp kesemua anaknya mati.. 5 ekor.. ambil masa selama 1 hari.. masalahnya.. kucing saya jd agak murung .. mcm sakit.. ape perlu saya buat.. terima kasih..

Unknown said...

Assalam.. kucing saya baru beranak.. 5 ekor.. tp kesemuanya mati.. masalahnya sekarang keadaan ibu nampak mcm murung.. kurang mkn dan minum.. statik duduk diam..badan pun kurang dibersihkan.. apa yg perlu saya buat selain dr check up klinik..

Unknown said...

Kucing sy beranak dlm litter box...bila saya boleh pindahkan dia dan anak2nya....baru saja beranak tadi

Kucing Utara said...

boleh xda masalah jika nak ubahkan ke tempat yg lebih baik

haziq said...

Salam nak tanya sikit kenapa anak kucing saya kerap tido dan kurang minum susu ibunya. ..Mintak penjelasan tq

Kucing Utara said...

wasalam...normal bagi anak kucing tidur banyak untuk tumbesarannya dan umumnya mereka tidur 14-16jam sehari

nad said...

Salam. Hi kucing utara. Kucing sy dah bnyk kali beranak. Ni kali ke 3-4 dia beranak. Tp kali ni 1st time ank dia mati seekor. (Beranak 3) skrg ni dia mcm sakit. Nak bernafas pun ssh. Hidung dia mcm selsema dan seperti sakit ms nak telan air liur. Mkn dan minum pun taknak. Kenapa ye? Harini hari ke 9 dia bersalin. Thanks in advance.

Kucing Utara said...

Wasalam..Rasanya kucing ni diserang/jangkiti virus sebab tu simptom2 yg ditunjukkannya dan hal beranak tu tiada kaitan dengan apa yg dialaminya ni..

nad said...

Terima kasih atas responces. Alhamdulillah kucing sy dah ok sikit. Harini dia dah start minum dan mkn. Mandi diri sndiri n ank dia. Tp lg sekor ank dia mcm tak bermaya. Hrp baby tu kuat...

miss tulip said...

hi nak tanye..kucing sy.. baru beranak 3 hari..dia masih blom berak n makan sikit.. adakah normal atau ade masalah ye

Kucing Utara said...

xda masalah secara umumnya kerana sebelum bersalin si ibu kucing kurang mkn.

Ozee said...

assalamualaikum...kucing sy baru lepas beranak anak nya mati dkt punggung mcm ada terkeluar isi camne nk buat yer

Kucing Utara said...

Wasallam..perlu bantu keluarkannya

Ozee said...

uh...mcm mn tue....sy seriau tgk nye...kalau mcm tue kena bwk g klinik haiwan la yer ..

sue said...

Kucing saya baru sebulan melahirkan anak..bila check buluya banyak kutu dan hama, bagaimana nak atasi jika ibu kucing tidak boleh mandi

Kucing Utara said...

gunakan ubat titis ataupun ubat spray kutu seperti frontline..

Unknown said...

Kucing biasanya lahirkan anak bpe ekor,?dlm bilangan ganjil ke

Kucing Utara said...

kucing kebiasaan 4-5 ekor ,,,

Fatini MPauzi said...

Salam
Kucing saya tak sampai sebulan lagi lepas beranak dan boleh tak kalau saya nak mandulkan kucing saya tu sbb kucing saya baru lepas mengawan? Tq

Fatini MPauzi said...

Salam kemungkinan besar utk kucing saya bunting selepas mengawan besar tak walaupon dia tak lebih sebulan lagi baru lepas mengandong? Dan lagi satu kalau saya pergi ambil ubat cegah mengandung dan bagi makan kat kucing saya boleh tak?

Kucing Utara said...

salam...boleh dimandulkan selepas sebulan jika tidak menyusu anaknya lagi.sebaiknya jika masih menyusu , tunggu selepas putussusu.ubat cegah hamil tidak digalakkn...

anje cyunx said...

Salm..mhon pnjelasan.. Kucing saya bawu mlm smlm branak..tapi kelakuan nya bebeza jadi pndiam..blm kencing.. Blm berak.. Xmau makan.. Saya jadi pelik kelakuan dia lpas bsalin.. Normal ke cmtu..

Unknown said...

Kucing sy baru beranak semalam. Ada 4 ekor semuanya. Kira first baby lagi ni. Normal k jika ada darah yg keluar sedikit dpd salur beranak nya tu? Meskipun hari ni dh masuk hari kedua

Kucing Utara said...

normal pendrahan selepas bersalin.

Unknown said...

Salam Kucing Utara...boleh saya tahu brand shampoo kucing apa yang selamat untuk mandikan ibu kucing yang baru beranak...risau takut bahayakan anak kucing

Anonymous said...

kucing sy beranak dah 2 kali.. tapi anaknye x pernah hidup.. dalam sebulan macam tu, kebanyakannye sakit saraf, tangan dan kaki kekejangan.. tahu x macam mane nak mencegah penyakit ni dari terjadi?

Unknown said...

Salam.. Kucing saya da 6 hari melahir kan anak tp kenapa adakalanya semasa dia myusui dia bernafas melalui mulut? Seperi tcungap2 kepenatan.

Anonymous said...

Salam.. Kucing saya dah beranak hampir seminggu lalu. Adakah normal semasa myusui anaknya dia bnafas melalui mulut? Seakan tercungap2 kepenatan. Adakah itu normal atau berbahaya?

Kucing Utara said...

xda masalah,,

Unknown said...

Salam..
Kucing sy br beranak, anak dia seekor jer.. tp dia xnak susukan dan xlayan anak.. skrg ni sy yg bg susu menggunakan botol setiap 2/3 jam skali.. sy bekerja, jd blh share x apa yg harus dibuat dlm tempoh sy meninggalkan dia untuk keluar kerja.. td sy ada ikatkan botol susu dkt dgn pouch warmer dgn harapan dia blh hisap..

Kucing Utara said...

wasalam...anak kucing baru lahir masih lagi perlu bantuan susuan ..mengharapkannya hisap susu sendiri agak sukar.

Unknown said...

As salam..saya nak tanya..kucing saya bru beranak pagi tadi dan nie yg ke-2..tp tadi si ibu pegi gigit leher anak jantan dia yg 1st beranak dlu..kenapa yer??

say meow said...

hai. kucing saya sejak 2-3 hari ini kurang berselera untuk makan & minum. agak lemah berjalan. skrg dia mengandung. adakah itu tanda dia mahu beranak? tp setahu saya dia mula pregnant dlm awal bulan 10.

Kucing Utara said...

ya.. bila kucing sudah hampir bersalin ianya kurang makan.

pidut said...

kucing sya branak dh dua mngu .. hari ad kluar darah dan air...sblum nie xdak

Kucing Utara said...

ni berkemungkinan masalah parasit/cacing ususnya.

ijam bundle collections said...

Makanan yg sesuai utk miaw lepas beranak & menyusukan anak2 4 ekor. bru beranak jam 12 mlm lepas.

Kucing Utara said...

petua kami adalah berikan si ibu makanan kitten sbb bayk nutrient.

Muhammad asabri said...

Assalam ,hm ibu kucing kalau garu garu ni ,boleh mengancam anak kucing ke?

Unknown said...

Salam, kucing beranak 4 dlm pkul 230pm. Sejam selepas tu perasan bdn dia teketar2/menggigil ketara smpai skrg 2am. Lidah keluar mcm anjing. Keadaan xlemah. Kenapa ye? First time family jaga kucing. Terima kasih jawapannya :)

Kucing Utara said...

tercunggap2 selepas bersalin adalah kebiasaan kerana keletihan.

simanja said...

Kucing sy masa mengandung n beranak bulu belah belakang berdekatan dgn ekor semakin nipis..kenape yer

Syafiqa Eylia said...

Kenapa bulu kucing sy selps beranak berubah? Bulu bhgian ekornye luruh, xkembng spt biase. Bgaimana cara utk kembalikan spt biase

Lovecat said...

Salam...kucing sya baru kematian anak dia yv brub lahir 3 hari lps...skrg ni dia asyik cari anak dia...mcm mna nak buat?

Kucing Utara said...

wasalam..dia xsedar yg anaknya sudah mati.Ini akan ambilmasa utknya .

Hamidah Ramlee said...

kiranya kucing br lps beranak, kene kurung dlm rumah supaya xmgawan lagi sblm di spay?

Isyra said...

Mcm mna nk jauhkan dri kucing jntan,sya bela kucing dlm rmh, slps 2 minggu saja asyik meow² nk kluar, pagi sampai mlm, kalau kurung lagi dia meow²

Unknown said...

As'salam..
Nak tnya, kucing yg baru branak, bole tak di mandulkan cara tridisional, sprti beri mkn yis.. Takda efek ke pda baby kucing..

Anonymous said...

Hi nak tanya.
Ibu kucing baru sebulan melahirkan anak. Bilakah waktu yg sesuai untuk di vaksin bagi si ibu dan anak anaknya?

Kucing Utara said...

sebaiknya selepas putus susu dan anggaran selepas 2-3 bulan.

Kak Jua said...

Adakah kucing perlu diusap2 selepas melahirkan.kelihatan ia mngiau2 dan menggesel2kn bdnnya pada kaki kami.selepas diusap2 dia mcm lega dan saya msukkn ia ke dlm kotak..matikn lmpu.

Kak Jua said...

Kucing saya baru lepas beranak.Dia pandai urus ank2nya..dah bersih dan mentusukan ank2nya.Adakah ibu kucing perlukan perhatian seperti mau diusap2/diurut badannya sebb dia menggesel2 pada kami.Bila diusap2 kepala dan badannya ibu kucing pula meregang2kan kaki depannya dgn paw yg mngembang seperti mengurut2 dilantai.

Kucing Utara said...

ini memngurangkan stress kepada si ibu..maklum dlm keletihan lepas bersalin..

Anonymous said...

Kucing saya baru melahirkan 2 hari yang lepas, hidungnya selalu basah. Adakah itu biasa sebab selalu menjilat anaknya ataupun itu tanda tanda kucing demam? Perlukah saya bawa ke vet sebab sekarang anak anak belum putus susu?

Kucing Utara said...

Hidung selalu basah tu tida masalah,, jika beringus dan bersin ada masalah jangkitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...