Wednesday, June 18, 2014

Periksa kesihatan kucing spontan

Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memantau keadaan tahap kesihatan kucing kesayangan kita dari masa ke semasa .Cara terbaik untuk mengetahui masalah-masalah berkaitan dengan kesihatannya sebelum ianya menjadi lebih serius adalah bilamana kita mengusap-usapkan badannya ketika membelai-manjakannya ataupun ketika/selepas memandikannya ataupun ketika bermain-main dengannya.

TELINGA
Bahagian atas cuping telinganya yang tidak berbulu adalah sentiasa bersih dan tidak berbau. Jika kucing anda mempunyai masalah, ianya akakn mengeleng-gelengkan kepalanya agak kerap dan juga menggaru telinganya. Periksa kulitnya samada mengelupas, tanda-tanda kudis, bau busuk, atau tahi telinga terhasil berlebihan(sekiranya, tahi telinganya terbentuk keras- hitam  yang begitu banyak, berkemungkinan dijangkiti/didiami oleh hama telinga, parasit yang menyebabkan gatal-gatal yang teruk .

GUSI
Gusi yang sihat berwarna merah jambu, pucat atau terang tetapi jika gusinya merah mungkin bermakna sesuatu yang bermasalahan kepadanya dari segi kesihatan mulut. Lelehan air liur dan kerap menyucikan mulut dengan kaki hadapannya adalah juga tanda-tanda/petunjuk masalah mulut. Jalur-jalur coklat dan karang yang terbentuk pada gigi mungkin menunjukkan masalah pergigian. Nafas kucing yang berbau busuk.

MATA
Matanya nampak  jernih/terang, jelas,kedua-dua  matanya adalah  sama rata ketika fokus. Kemerahan, perubahan warna atau berair berlebihan, juling, atau kemunculan kelopak mata ketiga adalah antara tanda-tanda mata kucing  mempunyai masalah.


HIDUNG
Hidungnya hendaklah sentiasa bersih. Bergantung kepada tahap aktiviti dan suhu persekitaran, hidungnya mungkin sejuk atau panas. Jika dia kerap menyucikan hidung, bersin kerap, atau berair ataupun kekotoran di hidungnya , ini berkemungkinan ada masalah.

KULIT
Ketika mengusap-usapkan badannya ,rasakan untuk apa-apa ketulan, calar, kudis, bengkak, atau sebarang masalah kulit/bulu yang lain. Kelemumur, bulu berminyak, dan bulu yang hilang boleh menunjukkan kulit atau masalah dalaman kulit. "lambak kotoran" di bulunya samda setempat ataupun merata tempat seperti serbuk lada hitam adalah sebenarnya najis kutu yang mengandungi darah kucing anda dan bertukar merah apabila basah.

BULU
Jika kucing anda suka diberus/sikat, sesi dandanan ini adalah yang terbaik untuk mengesan sebarang masalah bulunya. Menyikat adalah cara terbaik untuk membuang bulu gugur/mati, serta juga merangsang aliran darah. Menyikat juga membantu mencegah „hairballs“( yang menyebabkan kucing batuk untuk mengeluarkan kembali bulu-bulu yang tertelannya) 
Setelah kenalpastikan masalah-masalah awal , langkah pencegahan awal dapat diambil untuk elakkannya menjadi lebih serius & teruk...
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...