Wednesday, June 23, 2010

Fakta fizikal Kucing


`Kucing mempunyai fizikal yang unik untuknya berkebolehan sebagai haiwan memburu sama seperti kaum kerabatnya yang hidup liar di alam semulajadi seperti kuku yg boleh diunjur keluar,peka penglihatan malam,peka kedengaran,badan yang fleksibel serta badan berotot.
1)Kucing secara fizikalnya mempunyai tubuhbadan yang dicipta-khas untuk kelebihan tenaga yang perlu untuknya ketika memburu mangsanya.ianya perlu punyai kebolehan melangkah panjang,gerak senyap ketika mendekati mangsanya.
2)Jumlah keseluruhan tulang untuk seekor kucing adalah 230 berbanding tulang manusia hanya 206.
3)10% tulangnya adalah di bahagian ekornya dan 30 tulang vertebrae di dalam tulang belakangnya dan ini melebihi 5 daripada tulang vertebrae pada manusia..menarik kan??Ini adalah membolehkannya bergerak lebih fleksible seperti ketika melompat ataupun jatuh.
4) Tulang panjang di bahagian kaki selalunya terbentuk sepenuhnya selepas 1 tahun..

Gambar adalah anak-anak kucing parsi saya ketika berumur 2 bulan dan sekarang ni sudah tinggal dengan keluarga angkatnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...