Showing posts with label Suara Kucing Marah. Show all posts
Showing posts with label Suara Kucing Marah. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Suara Kucing Marah

Apabila kucing menyuarakan ataupun membunyikan "ssshhh" ataupun "hisss" ini adalah amaran darinya dan bersedia untuk menyerang walaupun ianya sudah lama bersama-sama dengan kita.Ini adalah "vokal" bahasa kucing dari kucing kerana keadaan ketika itu tidak menyenangkannya dan erti kata lain "MARAH"..ataupun dikenal sebagai "Hissing" dalam bahasa yang digunakan untuk mengambarkan situasi ini.

Antara sebab-musababnya menbunyikan "ssshh":
AMARAN SUPAYA BEREDAR
>Ianya menbunyikan sebegini sebagai tanda amaran kepada kucing lain ataupun haiwan lain(seperti terserempak dengan ular ataupun haiwan lain yang dirasainya boleh mencederakannya) supaya beredar segera sebelum ianya bertindak ganas.Ertikata lain, kucing memberi amaran agar beredar dari kawasan untuk mengelakkan pergaduhan.
BERDENDAM
>Kucing yang kita sayangi tetiba saja menyuarakan sebegini bila kita hampirinya walaupun sudah bertahun bersamanya.Ini adalah kerana kucing bersifat "dendam" dan masih segar dalam ingatannya apa-apa kesakitan yang disebabkan oleh kita seperti memukulnya ,ataupun merawatnya tempat sakitnya seperti luka dan sebagainya.Bermaksud pa saja yang kita lakukan pernah menyakitinya walaupun sudah lama tetapi masih segar dalam ingatannya.

MENGAJAR ANAK
>Ibu kucing akan menbunyikan "hisss" terhadap anak-anaknya sebagai "vokal" menyuruh anak-anaknya tidak menghampirinya buat seketika terutamanya terhadap anak-anak susuannya.Ini kerana ibu kucing perlukan masa tersendiri bagi penghasilan susu badan.Jika dibiarkan maka kering susunya.Keadaan ini tidak memudaratkan ,sama seperti kita marahkan anak-anak demi kebaikan mereka sendiri.

SAKIT
>Kucing akan "shhh" jika kita hampirinya ketika sakit , tambahan pula menyentuh bahagian sakitnya.
TETAMU LUAR
>Bagi kucing tetamu baru yangbelum pernah ditemuinya samada kucing lain ataupun manusia baginya adalah ancaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...