Showing posts with label Anak Kucing bermata biru. Show all posts
Showing posts with label Anak Kucing bermata biru. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Anak kucing bermata biru

Tetiba aja malam ni dapat SMS dari geng kucing ...katanya terjumpa seekor anak kucing yang sangat comel dan terus diambilnya untuk dibela petang tadi dan sebagai langkah permulaan, dihantar anak kucing ni ke Kucingutara untuk mandian kutu..Maklumlah anak kucing outdoor sememangnya berkutu kerana terdedah di luar.Memang pun anak kucing ini ada kutu...

Gambar anak kucing yang bermata biru serta bulunya juga sederhana panjang & agak lembut.Mungkin juga anak kucing ini baka campuran...Namanya pun boleh sempat diberikan lagi..Ada cadangan ke??

Anak kucing ini rasanya berumur 2 bulan lebih sebab sudah boleh makan "kibble" serta tidak mengiau langsung seperti mencari-cari ibunya dan ini petunjuk ianya sudah putus susu.

Malam ini tidur sini dulu lagipun sejuk sebab hujan ,esok barulah boleh dimandikan dengan shampoo kutu berubat dan anak kucing ni tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit kulit(seperti kurap kucing/kudis) malah telinganya juga nampaknya tiada kesan ataupun tanda ada "earmite".Bertuahlah dapat anak kucing ni...
*Mata biru bukannya warna kekal lagi dan hanya ketara warna sebenarnya selepas berumur 6 bulan keatas*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...