Showing posts with label Pentingnya Susu Pertama Kucing. Show all posts
Showing posts with label Pentingnya Susu Pertama Kucing. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Pentingnya Susu Pertama Kucing

Di hari-hari terakhir kehamilan kucing iaitu waktu sebelum kelahiran anak-anaknya, kelenjar susu sudah menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak mencukupi bagi menyambut kedatangan anak kucing yang akan dilahirkan tidak lama lagi sebagai sumber makanan mereka.Peringkat pertama susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu adalah berwarna kekuningan cair sikit  dan tidak berwarna seperti susu biasa iaitu putih.Ini adalah kerana susu berwarna kekuningan ini diperkayakan dengan kolostrum ("susu pertama") dan ia penuh dengan sumber antibodi daripada ibu ( iaitu antibodi ibu sendiri), merupakan sumber penting untuk membantu anak kucing untuk melawan penyakit sebelum kematangan di dalam sistem imunisasi mereka sendiri.

 Ia adalah penting bahawa setiap daripada anak kucing perlu menerima suapan susu kolostrum ataupun "susu pertama" ini  dari ibu kucing dalam tempoh 24 jam pertama (secara umum ataupun yang terbaik adalah dalam masa 12 jam pertama selepas kelahiran,  sebaliknya anak kucing akan menjadi mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria, virus dan lainnya dari persekitaran sekiranya terlewat ataupun tidak dapat susu ibunya sendiri.

Pemeriksaan Susu Pertama Kucing:Kita juga boleh memeriksa sama ada kucing mengandung sudah hampir waktu melahirkan anaknya dengan perlahan-lahan memicit salah satu puting untuk melihat jika "susu pertama" yang berwarna kekuningan ini =susu kolostrom ini sudah muncul ataupun terhasil. Untuk pemeriksaan ini ,Pemilik kucing harus mencuci tangannya sebaik mungkin dengan sabun antibakteria/antiseptik dan bilas dengan baik sebelum memerah supaya putingnya kerana boleh mengurangkan pencemaran bakteria puting (tangan kita mempunyai banyak bakteria dan mudah merebak kepada mereka).
Pemeriksaan ini hanya perlu dilakukan sekali sudah cukup iaitu, hanya memerah untuk membuat setitik susu untuk mengenalpastikan kehadiran "susu pertama" kolostrum saja.

***Jangan sesekali dilakukan berulang kali menekan puting susunya kerana setiap titis susu  yang mula menitis keluar adalah membazir***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...