Kucing adalah binatang kesayangan semenjak zaman dulu lagi dan sangat popular di kalangan pembela binatang kesayangan.Semoga disini dapat berkongsi pengalaman dalam penjagaan kucing ....
Kucing kesayangan adalah penawar ataupun terapi untuk mengatasi "Stress" dalam kehidupan moden.
Terkejut juga..pagi tadi semasa waktu subuh yang sunyi & sejuk ..bila terdengar bunyi riuh rendah & bising datang dari sangkar burung ...bunyi suaranya agak pelik...Apa lagi teruslah keluar tengok-tengok apa yang tidak kena ni pepagi buta...
Mulanya tu ingatkan seekor kucing jantan berwarna hitam yang menganggu burung di dalam sangkar tetapi rupa-rupanya seekor Musang pulak.
Ini gambar musang yang dapat diambil dan musang ini jenis musang pulut (Common Palm Civet)yang selalunya terdapat di negara kita.
Musang pulut cuba masuk dan mendekati sangkar burung tetapi kerana "flash" camera membuatnya rasa takut dari terus beredar.
***Dulu kawasan perumahan ni adalah kawasan sawah padi serta berhutan sikit mungkin ada lagi spesis ini yang masih hidup di kawasan berdekatan...pernah juga diberitahu yang ada musang berkeliaran diatas bumbung tapi susah juga nak percaya masa tu sebab kawasan ni sudah pun hampir 90% adalah rumah teres dan tiada pun semak-hutan di sini...Bila lihat sendiri baru tahu.....***
Entri kali agak lain dari topik yang selalu ditulis.. Ianya mengenai seekor anak burung hantu yang tercedera.
Petang tadi terjumpa pula seekor burung hantu yang tercedera akibat kemalangan dan ianya tidak berupaya lagi untuk terbang kerana kecederaan di bahagian sayap kanannya serta juga rusuk kanannya agak membengkak.Disebabkan kesian melihat keadaannya yang mungkin tidak boleh selamat jika dibiarkan di situ..jadi ambilnya untuk dirawat.
Burung hantu yang tercedera ..kuku-kakinya sangat tajam perlu gunakan kain ketika memegangnya ketika memberi antiseptik untuk mencuci luka-lukanya serta ubat sapu...
Keadaan kecederaannya di bahagian kanan...hujung sayapnya patah serta kelopak matanya juga cedera sikit
Nasib baik ada sangkar extra untuknya.. dan Burung Hantu ini dinamakan "CiCi"...Harap-harap tu ianya akan sembuh..
Entri kali ini adalah mengenai "kawan baik" kucing yang memang menjadi kegemarannya iaitu sitikus..
Kucing yang bebas merayau di luar akan lebih banyak memburu tikus berbandingkan burung kecil kerana mudah baginya menyerang hendap berbanding burung. Penyakit Weil's Disease
Tikus membawa sejenis organisma yang dikenali sebagai "Leptospira Ictero-Haemorrhagiae" di dalam air kencingnya.Dianggarkan 60% tikus mempunyai organisma ini di dalam air kencingnya.
Weil's Disease ataupun penyakit air kencing tikus memang boleh membahayakan kita.
Habitat tikus:
Tikus memang suka tinggal di tempat yang lembab & basah yang banyaknya sumber air seperti longkang septik bawah tanah,tebing sungai dan sebagainya serta disitulah ia akan membuang najis(air kencing) ke kawasan berair.Organisma ini pula mudah membiak di kawasan lembab yang berairdan hanya akan mati di tempat panas & kering.Tidak boleh hidup membiak di air masin.
Bagaimana ia merebak:
Organisma ini boleh memasuki sistem badan kita melalui:
1) Melalui kulit kita yang luka ,lepur ataupun leceh kulit
2) saluran hidung ,kerongkong kita
Masa pengeraman telur-telur organisma ini di tempat yang dijangkitinya adalah 1 - 2 minggu.
Kawasan Berair:
Tempat yang berair seperti lata tempat mandian rekreasi air tawar adalah mempunyai risiko tinggi jika di kawasan itu adalah tempat habitat tikus.Organisma ini sangat aktif di dalam air dan akan menjangkiti kita semasa mandi-manda disitu terutama sekali bagi sesiapa yang mempunyai luka,leceh kulit.
Dicakar tikus:
Jika kita dicakar tikus pula dibimbangi kukunya sudah dikotori air kencingnya sendiri dan melalui luka ini ia akan merebak ke badan kita.
Kucing yang membawa balik tikus:
Ini juga berisiko , kerana mungkin kuku kucing juga dikotori air kencing tikus semasa memburunya kerana kucing suka bermain-main dengan hasil buruannya sebelum menikmatinya.Jika dicakar kucing mungkin berjangkit.
Tanda-tanda dijangkiti:
~Demam
~sakit otot & sendi
~Kurang selera makan
~Muntah-muntah
~Lebam-lebam
~Hidung berdarah
~sakit mata
~pucat-kekuningan
***Hanya dengan ujian darah dapat mengenalpasti jangkitan ini, dan selalunya disalah anggap sebagai demam biasa****
Anak kera ini dibeli ketika mengunjungi salah sebuah kedai burung yang terletak di Utara ,Semenanjung.
Hajat di hati semasa kunjungan ke kedai itu adalah untuk membeli arnab ataupun hamster.
Ketika memasuki ke kedai, terlihat seekor anak kera di dalam kurungan dalam keadaan begitu pilu dan sedih sekali.Tidak sampai hati rasanya dibiarkan di situ, lalu buat keputusan membelinya tanpa hiraukan harganya yang hampir sama saja dengan seekor kucing parsi...
Nama timangan: Mamat
Makanan kegemaran: Epal
Mainan kegemaran: softtoy-seekor lion
Softtoy ini sudah menjadi bantal busuknya ke mana saja ia pergi tentu sekali diusungnya dan tempat tenggek yang paling disukainya adalah di atas bahu saya terutama ketika menonton TV.
Pelik juga difikirkan, seekor ayam membela anak-anak itik dan ini mungkin diatas belas kasihannya terhadap haiwan yang lain walaupun dari spesis yang lain.
Anak-anak itik ini begitu setia pada mamanya dan nampaknya bahagia.Si ibu pula masih tetap kekalkan sifat ayam dalam memberi pengajaran kepada anak-anak angkatnya ketika mencari makanan di celah-celah belukar ataupun semak kecil.
Nampaknya anak-anak itik ini akan kuranglah bermain dengan air ,maklumlah sudah di"ayam"kan oelh mamanya.
Gambar ini dirakamkan ketika berhari raya lalu di Kampung Gelung Gajah, Tobiar Kedah.