Showing posts with label Penjagaan selepas pembedahan pemandulan. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan selepas pembedahan pemandulan. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Penjagaan kucing pembedahan pemandulan

Penjagaan kucing yang sudah menjalani pembedahan terutamanya kerana pemandulan"spayed" adalah tugas penting yang perlu kita laksanakannya:


Pemakanan selepas pembedahan:
Makanan yang biasa dimakan sudah mencukupi baginya kecuali jika doktor haiwan menyarankan makanan yang bersesuaian mengikut keadaannya selepas dibedah.Tidak perlu bimbang jika ianya tidak akan makan selepas menjalani pembedahan kerana bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya yang masih mengalami kesan sakit selepas pembedahan dan kebiasaannya ia akan makan pada malam berikutnya.Menyediakan makanannya yang lebih sedikit & kerap dari kebiasaan untuk mengurangkan kesan sampingan kepada perutnya yang baru menjalani pembedahan .
Jika kucing yang jenis memilih sedikit dan tidak akan makan kerana kesan sakit tempat pembedahan perlulah disediakan makanan berbau kuat untuk mendapatkan perhatiannya supaya makan seperti makanan dalam tin yang mengandungi tuna atau salmon . Elakkan makanan berlemak seperti daging dan daging diproses kerana ini mungkin menyebabkan gangguan pencernaan.
***Kebanyakan kucing yang menjalani pembedahan spayed akan makan dalam masa satu hari. Anda perlu menghubungi doktor haiwan anda jika ianya masih tidak makan selama lebih daripada 24 jam selepas pembedahan****

Mandi selepas pembedahan:Proses penyembuhan/pencantuman kesan jahitan luka-lukanya secara umumnya mengambil masa 10-14 hari dan dinasihatkan bahawa ianya tidak BOLEH dimandikan sebelum 14 hari pertama selepas pembedahan kerana membasahkan jahitannya menyebabkan bakteria boleh memasuki melalui kesan jahitan yang masih belum sempurna serta menyebabkan kerosakan jahitan/luka dan pembentukan nanah.

Penjagaan luka selepas pembedahan:
Biasanya kita tidak perlu berbuat apa-apa yang tentang kesan jahitan luka pembedahannya seperti mencuci dan mandikannya) selepas pembedahan.Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan ialah memantau luka untuk memastikan bahawa ia masih kelihatan sihat dan bersih serta tiada tanda-tanda jangkitan.
***Jangan biarkannya menjilat jahitan lukanya kerana inilah punca utama kerosakan luka pembedahan serta menyebarkan bakteria mulutnya ke luka, membasahkan luka serta mudah dijangkiti .Dalam kes-kes yang teruk,sebenarnya kucing cuba menarik keluar jahitan dengan gigi mengakibatkan luka pecah***
Periksa barisan jahitan perut setiap hari untuk sebarang tanda-tanda kemerahan,bengkak dan keadaan luka  pembedahan biasanya akan hilang/sembuh selepas 3-5 hari pertama selepas pembedahan) serta juga untuk tanda-tanda jelas jangkitan seperti cecair kekuningan atau hijau dilukanya ,bernanah teruk atau tanda-tanda bahawa luka berpecah dan lain -lain).Jika terjadi tanda-tanda yang tidak normal seperti ini, perlu dirujuk kepada doktor haiwan.
Pantau sikapnya selepas pembedahan:Kucing akan kembali normal dalam masa 1-3 hari selepas pembedahan dan ianya akan makan, minum, membuang air kecil, air besar dan mula aktif seperti sediakala sepertimana keadaannya sebelum pembedahan.
 Jika ianya masih dalam keadaan tertekan, tidak makan, tidak minum,tidak membuang air besar/air kecil . Anda perlu membawanya ke klinik doktor haiwan dengan segera untuk pemeriksaan lanjut/susulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...