Showing posts with label Pembentukan deria dan jasmani anak kucing. Show all posts
Showing posts with label Pembentukan deria dan jasmani anak kucing. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Pembentukan deria dan jasmani anak kucing

Pembentukan deria anak kucing(pendengaran,penglihatan) mula berfungsi secara beransur-ansur mengikut umurnya begitu juga dengan pembentukan jasmaninya:


Deria Lihat:
1) Anak kucing mula membuka matanya seawal 2 hari selepas dilahirkan tetapi tidak berfungsi sepenuhnya
2) Ketika umurnya sudah 14 hari dan matanya sudah terbuka ,namun masih di dalam keadaan "buta" lagi.
3) Setelah mencapai umur 21 hari , matanya sudah separa berfungsi(masih kabur-kabur) sekadar untuk mengenalpastikan kedudukan ibunya tetapi masih teragak-agak jika hendak mengekori ibunya.
4) Umurnya melebihi 4- 5 minggu ,penglihatannya sudah mampu untuk berfungsi sepenuhnya .
****Bila anak kucing buka matanya buat pertama kali ianya mengambil masa di dalam lingkungan 2-3 hari untuk pembukaan sepenuhnya**

Deria Dengar:
1) Ketika berumur 5 hari, anak kucing mula boleh mendengar ataupun merasai bunyi.
2) Ketika berumur 10 hari , mereka sudah boleh mengesan dari mana punca/arah/kedudukan bunyi
3) Selepas umurnya mencapai 30 hari, telinga anak kucing sudah berfungsi sepenuhnya termasuk boleh mengubahkan kedudukan cuping telinga ke arah bunyi.


Suhu Badan:
Anak kucing dilahirkan di dalam keadaan "kecacatan" iaitu masih belum boleh mengawal/membentuk suhu badan yang sesuai dan ianya tertarik kepada "benda panas" seperti dapat merasai haba dari badan ibunya.
1) 3 minggu pertama ianya sudah mulai tunjukkan pembentukan kawalan suhu badan
2) 7-8 minggu umurnya , sudah boleh/berupaya mengawal sendiri suhu badannya.
***Atas sebab inilah tidak digalakkan mengambil-pegang anak kucing di bawah umur 3 minggu kerana boleh mengugatkan suhu badannya yang masih tidak stabil***


Daya Pergerakan
Anak kucing adalah "lumpuh" sepenuhnya semasa umur mereka di bawah 2 minggu walaupun boleh Nampak ianya cuba menapak kaki-kakinya, tetapi tiada daya lagi untuk berjalan.
1) Ketika umurnya 3 minggu , mereka akan mencuba membuat pergerakan untuk berjalan tetapi masih lagi tidak begitu kemas & stabil caranya berjalan dan di dalam lingkungan berdekatan saja.
2) Ketika umurnya dalam lingkungan 7-8 minggu sudah boleh berjalan dan kali ini pula mencuba buat pertama kalinya untuk berlari-lari.
3) Bila umurnya mencapai 11 minggu , anak kucing sudah boleh membuat pergerakan sepenuhnya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...