Showing posts with label Kenapa kucing jantan pancut kencing selepas dimandulkan. Show all posts
Showing posts with label Kenapa kucing jantan pancut kencing selepas dimandulkan. Show all posts

Sunday, March 13, 2016

Kenapa kucing jantan pancut kencing selepas dimandulkan

Persoalan umum timbul bilamana kucing jantan yang sudah dimandulkan tetapi masih bersikap suka memancut merata-rata tanpa kira tempat.Kucing jantan yang dimandulkan adalah untuk mengelakkannya dari menghasilkan anak bilamana mengawan tetapi TIDAK mencegahkan kehendak nafsunya.

Antara sebab-sebabnya adalah sperti di bawah: 
Tandaan Kawasan
Apabila kucing jantan dewasa ataupun matang menyembur/memancut kencing adalah sesuatu tindakan tindak balasnya kepada sesuatu dalam persekitarannya.Ini diatas sebab-sebab nalurinya masih lagi mementingkan kawasan yang didiaminya tidak diceroboh. 
Perkara ini masih tetap dilakukan sekiranya perubahan persekitaran yang baru baginya, sebagai contoh:
1) berpindah ke rumah baru 
2) memperkenalkan haiwan peliharaan lain
3) Masih rasa ada kucing-kucing lain di kawasan yang sudah didiaminya (seperti kucing liar yang bebas diluar,jika kucing anda indoor)
4) Masih ada kucing betina ataupun jantan yang belum dimandulkan tinggal bersama-samanya
 Keadaan ini mungkin menyebabkan kucing terasa tertekan dan dengan cara tindakan semburan kencingnya dapat membuat pagar ataupun amaran kucing lain sebagai reaksi menandakan wilayahnya, terutamanya jika anda mempunyai yang perempuan unspayed atau lain kucing jantan yang tidak dimandulkan. 
Masalah Kotak Najisnya
Bilamana kucing menyembur kencingnya juga adalah tindak balas kepada kotak najis yang sisediakan kepadanya.Ini berkemungkinan kucing anda tidak suka sampahkotak najis yang disediakan atau lokasi kotak tersebut. Walaupun kita sudah membersihkannya dengan sekerap mungkin, Namun bagi kucing mereka bertindak balas terhadap bau kotak tersebut yang mungkin masih mempunyai bau tertinggal, terutamanya jika kotak najis ini dikongsikan dengan kucing lain.

Masalah kesihatan
Kucing jantan yang dimandulkan berkemungkian terdedah kepada masalah pundi kencing dan masalah saluran kencing - termasuk jangkitan, halangan dan batu karang.Ini adlah kerana kucing jantan mempunyai saluran kencing panjang serta kecil tirus daripada kucing betina.Kesan fizikal selepas dimandulkan berkemungkinan akan menyempitkan saluran kencingnya dan terdedah kepada masalah tersumbat dan sebagainya.

**Kenalpastikan punca-puncanya suka memancut adalah memudahkan untuk menyelesai masalah ini mengikut sebab-sebab tertentu taupun khusus kenapa tindakannya masih memancut**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...