Showing posts with label Kenapa Kucing alah kepada Susu. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Kucing alah kepada Susu. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Kenapa Kucing alah kepada Susu

Susu tidak diperlukan dalam diet kucing dewasa , namun diperlukan terutamanya kepada anak kucing.Walau bagaimanapun, Sesetengah anak kucing tidak boleh menerima susu kerana mereka tidak menghasilkan enzim yang dipanggil laktase. Laktase membantu penghadaman laktosa, yang terdapat di dalam susu. Selepas bercerai susu, tahap penghasilan laktase akan berkurangan sebanyak ~10% .


Sesetengah anak kucing akan mengalami cirit-birit , jika laktosa dari susu yang diminumnya diperbuat  daripada haiwan tenusu.Ini dipanggil "Tidak toleransi laktosa"."Tidak toleransi laktosa", adalah gangguan pencernaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memecahkan gula dalam susu. Masalah yang timbul adalah gula yang tidak dihadamkannya akan membentuk persekitaran yang sempurna bagi bakteria untuk menumpang di dalam saluran usus dan menyerang perut.
Tahap tinggi laktosa dalam susu lembu adalah melebihi keupayaan kucing untuk mencerna atau menghadamkannya. Ini adalah sebabnya anak kucing sering/mudah mendapat cirit-birit akibat meminum susu lembu. Ini bermakna bahawa susu tenusu yang diperbuat untuk kita adalah tidak sesuai untuk kucing.



Anak kucing, secara semulajadi boleh menerima susu ibu mereka, tidak semestinya imun kepada masalah ini dan juga boleh cirit tetapi tidaklah teruk. Anak kucing dan kucing secara umumnya alah kepada susu lembu, tetapi bukan susu ibu mereka. Langkah terbaik  adalah menghadkan atau  menghindarkan produk tenusu daripada diet haiwan kesayangan anda.



Simptom Anak kucing "Tidak toleransi laktosa".
~Tanda-tanda yang paling ketara "Tidak toleransi laktosa" adalah muntah-muntah & cirit-birit kerana sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan betul. Kadang-kadang kucing akan minum jumlah air yang berlebihan untuk mengelakkan dehidrasi>kering air badan<.
~ Juga reaksi alahan yang lain adalah penghasilan lendir dari mata atau hidung juga boleh terjadi kepadanya,walau bagaimanapun ini adalah amat jarang terjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...