Kucing mempunyai kebolehan semulajadi untuk beranak bersendirian tanpa bantuan dari kaumnya mahupun manusia.Campurtangan manusia boleh mengundang bahaya kerana ibu kucing akan merasa tertekan.
1) Seminggu sebelum bersalin,kucing mulai menunjuk tanda-tanda suka pada tempat bersembunyi yang sunyi serta terlindung dan mula mencari-cari tempat yang sesuai untuk bersalin selalunya dibawah katil.
2) 2- 3 hari sebelum bersalin kelihatan bahagian perutnya "terjatuh" berbentuk seperti buah pear ini adalah besar kemungkinan susu sudah mulai meresap masuk ke teteknya.
3) Dalam masa 24 jam sebelum bersalin ianya mula mundar mandir tanpa tentuan arah tanpa henti, seperti kata bidalan "macam kucing nak beranak" dan juga hilang selera makan.
4)Proses teran (strain)pun dilakukannya dan dalam masa 1 jam akan muncul kepala anaknya dan keluar sepenuhnya.Serta merta ibunya akan menjilat anaknya untuk menyucikan segala cecair yang menutupi hidungnya untuk penafasan dan juga memecahkan selaput karung sekiranya belum pecah .Proses in sangat penting untuk mengelakkannya dari mati lemas.
Mimi menyusui anaknya selepas bersalin(5 jam) :05 july 2010
Tip :sekiranya ibu kucing tidak pedulikan anaknya setelah bersalin, kita perlu membantu untuk menyucikannya dibahagian penafasannya.
5) Kemudian ianya akan mengulangi proses teran dan menyuci anaknya untuk yang berikutnya sehingga selesai kesemuanya.
Jauhi dari berdekatan dengannya ketika bersalin dan buat pemerhatian dari jarak jauh.
6) Proses bersalin kucing mengambil masa yang agak lama,selalunya dalam ulangan 40-60minit untuk setiap anaknya,kekadang terjadi juga anaknya hanya keluar separuh badannya sahaja pada satu ketika yang lama dan kita tidak boleh memaksanya keluar.
7) Selalunya anak kucing akan mula mengiau dan bergerak selepas bersalin kerana penafasannya sudah sempurna, sekiranya terdapat yang masih belum bergerak ,ini petunjuk pembersihan tak dilakukan oleh ibunya.
Tip:sekiranya selepas proses teran melebihi 1 jam tanpa ada anak yang keluar, ibu kucing ini mungkin mengalami komplikasi beranak dan perlu dapatkan rawatan veterinar dengan segera!!! Selalunya berdasarkan kepada sejarah bersalinnya sendiri.
*Selalunya kucing akan bersalin pada jangkamasa setiap jam, ada juga yang selang sehari tapi sangat jarang untuk kes ini.
Tahniah!! Mimi selepas berjaya bersalin
8) Anak-anak kucing akan mula menghisap susu ibunya di samping ibunya membersihkan dirinya dan ibunya perlu meminum air sekerap yang mungkin.
Fakta menarik: Ibu kucing boleh mengandung 3 kali setahun tetapi ini akan juga memudaratkannya dan yang terbaik adalah setahun sekali.