Showing posts with label Penyakit Sawan kepada Kucing. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Sawan kepada Kucing. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Penyakit Sawan kepada Kucing

Serangan sawan kepada kucing adalah yang terjadi secara tiba-tiba dan tidak terkawal tingkahlaku ataupun tindakbalasnya seperti tanda-tanda gigi/rahangnya mengetip dan seolah-olah mengunyah, berbuih mulut,lelehan air liur, terbaring, kekejangan kaki, dan lain-lainnya untuk seketika dan kemudiannya kembali normal kesedaran serta pulih secara beransur-ansur. Sawan adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals di dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot kucing.
Sesetengah kucing akan menunjukkan tingkah laku yang agak pelik seperti kemarahan secara tiba-tiba atau histeria, mencakar atau menggigit sesiapa saja yang hampirinya samada tuannya sendiri ataupun kucing- kucing lain.
Antara sebab-sebabnya kucing mengalami sawan adalah disebabkan oleh :
>>Keracunan tahap kronik iaitu keracunan dari strychnine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum/lead(terutamanya dari cat), racun serangga(yang mengandungi Organophosphates cenderung menyebabkan  sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot bergerak-gerak kekejangan) dan racun tikus.

>>Memberi makan ikan mentah kerana ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal.Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem saratnya gagal berfungsi .

>>Kecederaan kepalanya yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan,pukulan dengan objek tumpul/keras.

 >>Epilepsi adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan  otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar,seperti trauma, atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.



 
Tempoh serangan sawan boleh berlaku dari beberapa saat hingga beberapa jam,namun. Satu kekejangan teruk atau panjang tidak semestinya menunjukkan penyakit serius.
Langkah yang boleh diambil
 > Menyelimutkannya kucing  yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.
> Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakan sawan tidak mengancam nyawa.Mungkin akan berlaku berulang-ulang kali.
>Sebarang objek berhampiran dengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas aggresif darinya yang tidak menentu.
>Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan/lembut mengusap-usapkannya  untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak/saratnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan/panik.Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum, kerana otak adalah sangat sensitif.
***Rawatan dari vet diperlukan untuk mengenalpastikan punca-punca serangan sawannya dan akan diberikan ubat mengikut jenis punca sawannya itu***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...