Kekadang tertanya-tanya juga penyayang kucing kerana rasakan panas pada badan kucing bila disentuh.Terfikirkan pula yang kucingnya ini "demam" ...Hmm apapun kita perlu pastikannya betul-betul demam baru la berubat ,jika bawa jumpa vet ...membazirkan wang saja.
Suhu Normal Badan Kucing:
Kucing dewasa antara suhu : 38 ~ 39 celcius
Anak kucing bawah 10 hari : 36 ~ 38 celcius(suhu badannya lebih rendah kerana anak kucing tidak berupaya mengimbangi suhu lagi)
***Suhu normal badan kita adalah antara 36.5 ~ 37 celcius & sudah tentu kita akan rasa panas sedikit bila menyentuh badan kucing***
Suhu yang dianggap tinggi:
Jika suhu badannya mencecah 40 celcius besar kemungkinan ianya mengalami demam"fever" kerana badannya melawan virus yang menyerangnya.Ketika ini perlulah datang rawatan dari Vet.
Bagaimana mengambil suhu badan kucing:
1) Gunakan thermometer yang digital supaya mudah membaca bacaannya serta berbentuk seperti pen dan boleh didapati di kedai farmasi.
2) Sapukan sedikit Vaseline lotion di hujung tip thermometer sebagai pelincir ketika mengambil suhunya.
3) Untuk mengambil suhu badan kucing adalah yang terbaik di bahagian punggungnya kerana dapat memberi bacaan yang tepat bukannya di bawah ketiaknya...

4) Masukkan thermometer ke dalam punggungnya selama lebih kurang 1 ~ 2minit ,thermometer digital akan bunyikan "Bippp" sebagai alat penggera bila cukup masanya (Perlu dibuat dengan pembantu kerana agak sukar mengawalnya).
***Telinga juga salah satu tempat mengambil suhunya tetapi thermometer khas untuk telinga terlalu mahal***
Tips:Jangan sesekali memberi kucing Aspirin yang kita ambil ketika demam kepada kucing kerana toksik kepadanya.Ini disebabkan kucing tidak mempunyai enzim "Elucuronyl Transferas"untuk menguraikan serta nyah-toksikkan asipirin.