Showing posts with label Memilih kucing jantan atau betina. Show all posts
Showing posts with label Memilih kucing jantan atau betina. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Memilih kucing jantan atau betina

Memiliki kucing adalah menjadi idaman sesetengah dari kita sebagai binatang kesayangan terutamanya tidak tertahan bila terpandang anak kucing yang terlalu comel serta matanya seolah-olah merayu belas kasihannya untuk dibela, walupun tidak pernah membelanya sebelum ini.
Membuat pilihan tepat untuk memiliki kucing terutamanya dari segu jantinanya samada jantan ataupun betina.Namun kedua-dua jantina ini mempunyai kelebihan dan keburukannya tersendiri jadi ,buatlah pemilihan yang terbaik bersesuaian dengan hidupan seharian kita>>>


Kucing Jantan:
>Kucing jantan memiliki susuk tubuh yang besar dan bersesuaian kepada sesiapa yang sukakan kucing bersaiz besar.
>Makanan yang disediakan perlu lebih berbanding kucing betina kerana kehendak kalorinya tinggi >Kucing jantan adalah pemburu terbaik dan ianya selalu dan lebih kerap menangkap mangsanya.
>Aktif bermain dan kasar ketika bermain kerana suka mengeluarkan kukunya..
>Akan memancut kencingnya merata-rata sebagai tnda kawasan serta tunjukkan kuasanya
>Bising bila masuk musim mengawan ...
>lebih berdikari serta suka bersendirian bila sudah masuk alam dewasa.
>Suka bergaduh sebab tunjukkan kuasa dan terdedah kepada kecederaan.

Kucing betina:
>Saiznya kecil berbanding kucing jantan dan makanannya tidak diperlukan sebanyak kucing jantan,
>Mudah mesra dan manja dengan manusia dan gemar duduk diatas riba serta gemar dibelai.
>Menyuara kepada tuannya sebagai teguran,meminta-minta ataupun hargai kita membelainya.
>Bila datang musim mengawan sama seperti kucing jantan , mengiau-giau mencari "teman".
>Mudah mengandung dan sentiasa hendak mengawan bila tiba masanya serta kerap beranak dan mudah dihidapi penyakit berkaitan.
>Tidak ganas ketika bermain dengannya.

***Petua ini berdasarkan pengalaman, apa-apapun buat pemilihan yang terbaik berdasarkan cicir-ciri mereka ini dan tidak menyesal di kemudian hari***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...