Showing posts with label Minyak Zaitun Memudahkan kucing muntah keluar Hair Ball. Show all posts
Showing posts with label Minyak Zaitun Memudahkan kucing muntah keluar Hair Ball. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Minyak Zaitun Memudahkan kucing muntah keluar Hair Ball

Olive oil ataupun minyak zaitun kaya dengan khasiatnya serta banyak faedah yang dapat kita ambil seperti membantu masalah sembelit dan lain-lain lagi.Ia juga berfungsi sama kepada kucing jika diberikan mengikut sukatan yang betul.

 >>Memudahkan muntah keluar Hair Ball- Jilatan kucing pada bulu-bulunya dan secara tidak langsung tertelan bulu-bulunya.Pemberian Minyak zaitun yang dicampurkan kepada makanannya boleh membantu  melincirkan/menhuraikan bulu yang terkumpul di dalam perutnya serta memudahkannya memuntahkan kembali

.Antara Faedah lain dari Olive oil kepada kucing:
>>Penambah selera- Dengan menambahkan sedikit minyak zaitun ke dalam makanannya kerana aromanya menarik perhatian kucing ,ianya juga boleh menambah selera kepada kucing tetapi perlu diberikan dalam kuantiti yang sedikit.
>>Mengemukkan-Minyak zaitun kaya dengan "fatty acid" dan juga vitamin E.
>>Masalah sembelit-juga dapat berfungsi sebagai pelincir di dalam ususnya bagi melancarkan penghadaman serta pengkumuhannya.
***Tambahan satu sudu kecil minyak zaitun ke dalam makanannya terutamanya jenis dryfood, dan cuma diberikan 3 kali seminggu***


>>Pencuci Telinga-Minyak zaitun adalah bahan yang terbaik untuk menyuci telinga kucing terutamanya yang dihinggapi Earmites kerana minyak ini akan melemaskannya.
***celupkan dan basahkan putik kapas dengan minyak zaitun dan cuci di dalam telinga dengan berhati-hati supaya>juga boleh digunakan minyak ini sebagai "eardrop" ataupun ubat titik telinga untuk melemaskan earmites***
Perhatian:Pemberian berlebihan mungkin akan menyebabkan kucing mengalami masalah kegemukan ataupun berat badan yang mungkin mengundang risiko diabetes serta masalah jantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...