Showing posts with label Aksesori Kucing. Show all posts
Showing posts with label Aksesori Kucing. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Rumah Mainan Kucing

Rumah mainan kucing memang berbaloi juga dibeli kerana ianya agak & amat bersesuaian untuk kucing-kucing yang tinggal di daam rumah ataupun dikenali sebagai "indoor cat".Rumah mainan sebegini agak mahal juga di pasaran, jika kita boleh DIY (Do It Yourself) adalah terbaik....


Rumah kucing agak menarik perhatian kucing kerana dibaluti dengan carpet yang lembut dan memang sesuai untuknya mencakar-cakar serta juga mereka akan masuk ke dalam untuk peninjauan buat pertama kalinya.
***Warna bukanlah faktor utama untuk menarik perhatian kucing kerana kucing tidak peka kepada warna dan apa yang penting adalah fungsinya rumah mainan itu sendiri***

Mama Mimi pun tertarik dengan rumah mainan kucing ni walaupun sudah dewasa...

Anak kucing memang sudah tahu ini tempat mainan mereka seperti "playground"  dan terus bermain "hide & seek" ,,aci sembunyi...macam-macam lagi..dicakarnya,terkam menerkam malah berebut-rebut keluar masuk..
Leha di kiri ini pula suka masuk & lepak didalamnya tetapi di ganggu anak kucing "Tina" yang tidak jemu bermain....
***Rumah kucing in juga dapat memberikan tempat yang sesuai untuk kucing mencakar dan boleh juga elakannya mencakar perabut kayu di rumah***

Sunday, March 6, 2011

Tali Cat Harness untuk kucing

Kekadang tu rasa menyesal dan sangat sedih tetiba kucing kesayangan kita sudah tiada,berhari-hari tidak pulang.Selalunya kucing yang sudah bersama kita tidak akan keluar jauh pun sebab sudah jadi kebiasaannya paling jauh pun di halaman rumah saja.Tiada alasan langsung yang boleh dikatakan kucing tidak tahu pulang ke rumah melainkan diambil orang.....
Salah seekor kucing parsi kami pun menerima nasib yang sama..dia ni memang suka lepak di Porch kereta serta paling jauh pun depan pintu pagar...Tidak semena-mena tidak muncul sampai hari ini...

"Cat Harness" adalah tali yang dipakai untuk kucing semasa berada di luar di bawah pengawasan kita samada untuk dibawa ke taman dan sebagainya.Cat harness ni mudah dipakaikan ,satu set tali gegelang disarungkan di kaki hadapannya dan satu lagi adalah tali hanya diklipkan bila hendak digunakannnya

Disebabkan atas alasan ini iaitu tidak balik(kucing mahu balik sendiri tapi tidak boleh balik....) , tali "Cat harness" ini dipakaikan kepada kucing parsi yang bebas serta suka berada di luar.Bagi geng KucingUtara pula, "Jumaat" memakai cat harness ini kerana ia suka dibawa keluar serta suka naik kereta terutamanya menghantar anak-anak ke sekolah di waktu pagi....
"Jumaat" memakai gegelang tali "Cat Harness"nya tanpa sebarang masalah mungkin sudah tahu untuk keselamatannya..
Jumaat yang sudah diklipkan tali pada "cat harness"nya

Keadaannya bila berada di luar...kita ikut kucing bukannya kucing ikut kita..sebab kucing lebih suka menjelajah jika di tempat baru dengan sendirinya..jangan ditarik kuat-kuat jika kucing memasuki ataupun pergi ke tempat yang kita tidak sukai tetapi angkatkannya...
***Kucing yang dibela bukannya murah...termasuk segala kos yang kita sudah bayar..memang tidak berbaloikan tetiba hilang begitu saja...sedih dibuatnya.Keadaan ini bukannya perkara baru dalam dunia penjagaan kucing ,ada sesetengah negara pula pemakaian "harness" ini adalah wajib jika dibawa keluar***



Monday, January 24, 2011

Botol air untuk kucing

Air adalah menjadi keperluan untuk semua hidupan tidak terkecuali juga bagi kucing dan kucing perlu meminum air yang agak banyak juga untuk mengawal serta elakkan kekeringan "dehydrat".Lagipun cuaca di negara kita agak panas bagi sesetengah kucing ,terutamanya kucing yang jenis longhair...
Di atas sebab inilah terdapat di pasaran botol air yang di buat untuk kucing yang sama fungsi serta konsepnya seperti botol air untuk hamster.

Gambar diatas terpapar botol air yang dikuncikan di sangkar kucing dan menggunakan bebola dihujung batangnya.Kucing perlu menjilatnya seperti "hamster" untuk meminum air.Kelebihannya adalah boleh menggunakan botol air mineral sebagai takungan air tidak seperti botol air hamster.

Apakah botol air ini bersesuaian untuk kucing?.Kucing agak sukar membiasakan dirinya meminum air terus dari bebola ini kerana kucing lebih terdorong kepada air takungan dan lebih selesa meminumnya dari takungan air secara lawanan "graviti" seperti tertulis dalam entri sebelum ini.Kucing tidak akan tahu yang botol air ini memberinya air berbeza dengan air pili yang mengalir..kerana secara fizikal ia tahu & nampak air.

Apa yang perlu dibuat?? Kena latihnya meminum dari botol air ini ,kalau harapkannya buat sendiri ,mungkin tidak akan berlaku secara sendirinya.Melalui latihan saja kucing akan tahu botol ini memberinya air.
Botol air sebegini adalah baik digunakan sebagai sumber air kepadanya jika kita tinggalkannya agak lama seperti keluar "out station".
***Setiap produk yang dihasilkan tentu ada "pro & cons" nya, melalui pengalaman botol air ini tidak begitu bersesuaian untuk kucing walaupun kebaikannya dapat mengelakkan masalah air yang disediakan mungkin kering,kotor ataupun tertumpah***

Sunday, January 16, 2011

Bola mainan kucing

Bermain adalah faktor penting dalam proses tumbesaran anak kucing dan juga merupakan alatukur untuk menunjukkan tahap kecerdasan seekor kucing.Dengan bermain juga kucing dapat menambahkan tahap kemahirannya dalam kecekapannya ketika menangkap mangsanya.
Kucing "indoor' agak kurang terdedah dalam proses memburu semulajadi ,maka biarkannya bermain dengan permainan seperti bola dan sebagainya adalah perlu bagi mengelakkannya rasa terasing dan tertekan.
Mainan kucing yang terdapat di pasaran agak mahal juga , dan perlulah membuat pilihan yang terbaik kerana tidak semestinya setiap mainan yang dibelikan akan disukainya.Mulanya kucing nampak suka bermain dengan mainan barunya tetapi mudah bosan selepas itu.
Mari lihat keadaan yang terjadi kepada kucing yang dipelihara. apa yang dibuatnya ketika bermain.

Gumpalan bola kertas dan sebiji bola mainan kucing berwarna oren diletakkan bersebelahan di  lantai , untuk melihat anak kucing parsi "Rezza" membuat pilihan alat mainan mana yang akan dipilihnya.

Tanpa membuang masa dan ragu-ragu lagi, "Rezza" terus ke arah gumpalan bola kertas dan meniarap sambil menghidu serta mencium dan juga mula menyentuhnya.

Seketika selepas sudah rasanya gumpalan bola kertas ini "selamat" lalu digonggongnya serta dibawanya untuk bermain di tempat lain.

"Rezza"  sedang bermain gumpalan bola kertas dengan aktifnya dan lama juga ianya bermain.Bemacam-macam cara dan aksi yang dibuatnya ketika bermain...seronok juga perhatikan gelagatnya ini.
Tercunggap-cunggap kepenatan bermain dengan gumpalan bola kertas dan bola mainan kucing yang berwarna oren langsung tidak disentuh langsung.

"Bola mainan kucing berwarna oren itu pernah dimainnya ketika mula-mula beli dulu tetapi cepat bosan dan ditinggalkannya.Ini mungkin kucing lebih suka bermain mainan yang ringan,mudah digonggongnya"

Monday, November 8, 2010

Catio kucing-aksesori baru untuk kucing

Mungkin tertanya-tanya apa makna di sebalik perkataan "Catio" ini dan mungkin juga antara kita pernah dengarnya...Catio berasal dari gambungan perkataan "Patio" dan "Cat".Patio adalah asalnya dari bahasa sepanyol yang bermaksud "backyard"laman belakang.
Disebabkan kucing yang dibela mendiami kawasan metropolitan seperti New York, tuannya amat prihatin untuk membiarkannya bebas bergerak keluar rumah agar dapat menghirup udara segar sambil menikmati persekitaran secara semulajadi tanpa gangguan dari kesibukan hidup di situ yang boleh membahayakan kucing mereka.
Ini termasuk bahaya dari lalulintas, ditangkap oleh animal control, haiwan lain seperti anjing ataupun kucing liar.
Madaline Anne Hare bersama kucing Abbyssiniannya dan dapat lihat dibelakangnya "catio" terowong kucing untuk kucingnya bebas keluar masuk tanpa boleh keluar terus ke laman.(NewYorkTimes)
Ini pula design yang lain yang kucing-kucing bebas keluar/masuk melalui terowong di tingkap ke sangkar di luar.
                                     Keadaan kucing yang bebas bergerak di dalam Catio.
***Bagi pembela kucing yang mempunyai "Catio" ini menganggapkan "Catio" bukan "Cage" ataupun sangkar kerana pergerakan kucing tidak terbatas***
Masih belum lagi bersesuaian untuk kucing-kucing kita di sini kan???

Wednesday, October 13, 2010

Memilih kotak pasir kucing

Kotak pasir kucing adalah penting untuk setiap kucing yang dibela di dalam runah serta dapat  melatihnya menggunakan "tandas" secara sempurna.

Terdapat pelbagai rekabentuk untuk kotak pasir serta ada juga yang begitu canggih serta "fancy" walaupun hanya berfungsi sebagai tandas saja.
Harus diambil kira adalah samada kotak pasir tersebut boleh memberi kepuasan kepada kucing ataupun tidak kerana kucing tidak tengok designnya tapi yang penting keselesaan.Kucing tidak akan menggunakan tandasnya yang busuk & kotor serta penuh dengan "poo" serta kencingnya.

Kotak pasir tertutup:


Kotak pasir yang berbumbung serta tertutup direka untuk lebihkan privasi kepada kucing kerana kucing juga malu serta mahukan privasi semasa menggunakannya.
Kebaikannya:
1) Privasi
2) Pasir yang dicakarnya tidak tumpah serta berselerak
3) Baunya dapat dikurangkan keluar ke ruang rumah.
4) Boleh letak dimana-mana kerana ianya tertutup dan kucing tak segan silu gunakannya.
Keburukannya:
1) Baunya terperangkap di dalam kotak dan kucing tidak akan menggunakannya.
2) Perlu di cuci atau ditukarkan pasirnya lebih kerap.
3) Lebih cost kerana perlu menukar filter penyerap bau.
4) Sukar untuk menentukan masanya perlu di cuci
5) Perlu dibasuh keseluruhan kotak ini unutk menghilangkan baunya.

Kotak pasir terbuka:

Ini yang paling mudah dan ringkas dan ianya berbentuk seperti talam bersegi empat yang terbuka serta harganya memang murah.
Kebaikannya:
1) Mudah di cuci serta boleh nampak "poo"nya
2) Baunya kurang serta mudah dikawal dengan jenis pasir yang digunakan
3) Kucing mudah tertarik menggunakannya kerana kucing ini pantang jumpa pasir ,seronok la...
4) Kotak pasir bersama pasir yang digunakan boleh dijemur(terdapat pasir yang boleh dijemur dan diguna semula)
Keburukannya:
1) Bila kucing cakar pasir akan tertumpah
2) Perlu letak di sudut rumah serta tersorok sikit (Privasi)

****Bagi kucing saya , kotak pasir terbuka adalah bersesuaian dengan mereka serta lebih mudah kendalikannya******

Saturday, October 9, 2010

Rantai loceng Kucing

Rantai Loceng:
Rantai loceng kucing digunakan untuk mengelakannya menangkap mangsanya seperti tikus dan burung.
Disebabkan kedua-dua mangsanya ini membawa penyakit dan parasit dapatlah dielakannya dari menangkap mangsanya itu.

Namun, pemakaiannya sebagai aksesori untuk kucing yang tinggal di dalam rumah adalah tidak sesuai kerana lehernya adalah tempat bagi kutu bersarang.Ini juga boleh mengalakan parasit bermastautin di situ.
Sekiranya masih sukakannya memakai rantai loceng pastikannya selesa dan tidak terlalu ketat mahupun longgar kerana kucing suka bermain dengan tali serta boleh sebabkannya tercekik.
Hendaklah selalu mencucinya.

Elizabeth Collar:
Elizabeth collar diberikan kucing memakainya untuk mengelakannya menjilat dirinya sendiri.
Terutamanya selepas menjalani pembedahan supaya ianya tidak dapat menjilat-jilat kesan luka bedahnya sendiri.
Amat sesuai dipakaikan selepas menyapu krim berubat kepadanya kerana menghalangnya menjilat kesan ubat yang mungkin beracun untuknya.

Elizabeth collar ini berbentuk seperti tudung lampu meja yang dipakaikan secara terbalik dan boleh juga dibuat sendiri mengunakan kertas keras ataupun kepingan plastik yang lutsinar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...