Makanan yang sesuai untuk diberikan kepada kucing seharusnya adalah makanan seimbang yang diperlukan oleh mereka untuk pembentukan otot terutamanya pada bahagian kakinya.
Anak Kucing:
Anak kucing yang berumur 4 minggu sudah mulai memakan makanan pejal perlu dititikberatkan pengambilan makanannya untuk membantu tumbesarannya.
Makanan yang paling baik & mudah adalah makanan "dryfood for kitten" yang terdapat dipasaran kerana pengeluar mengadun makanan ini berdasarkan kepada keperluan zat makanan yang diperlukan oleh anak kucing.
Cara yang terbaik adalah diberikan makanan kepadanya 4-5 kali sehari tetapi dengan jumlah yang sedikit.Ini dilakukan sehingga ianya mencapai umur 5-6 bulan.Secara beransur-ansur, perlulah mengurangkan kekerapan pemberian makanan sehingga akhirnya hanya mencapai 3 kali sehari.Ini adalah cara yang terbaik membantu tumbesarannya secara sihat serta mendapat makanan seimbang.
Daging mentah:
Kucing memerlukan protein dari diet hariannya pada kadar 30% dari keseluruhannya,elakan memberi daging mentah kepadanya kerana daging mentah mengambil masa untuk dihadamkan.Daging yang sudah masak dapat membantunya menghadamkan makanan dengan lebih mudah.
Elakkan memberikannya lebihan dari sisa daging dari dapur seperti tulang ayam/ikan/daging,kepala ayam,kulit ayam dan sebagainya, kerana makanan ini agak sukar baginya untuk dihadamkan.
Baki makanan dari meja makan:
Makanan jenis ini juga tidak sesuai untuk kucing walaupun selalunya kita dapat lihat di warung yang mana pelangan akan melemparkan baki makanan(selalunya tulang ayam dengan sedikit lebihan daging ataupun tulang ikan) kepada kucing yang berkeliaran disitu.
Namun jenis makanan ini tidak sesuai kerana ianya hanya mengambil makanan yang tidak seimbang untuk dirinya (Lebih protein dari sumber lain).Ini mungkin dapat dilihat dari pembentukan fizikalnya yang tidak seimbang(kurus ataupun terlalu gemuk)
***Pemberian baki makanan kepada anak kucing boleh membuatnya lebih cenderung kepada baki makanan dan sentiasa menunggu hambuan pada setiap kali kita makan di meja makan serta ianya akan kurang berminat pada makanan yang disediakan kepadanya sehinggalah ianya menjadi dewasa dan ini boleh membantutkan tumbesarannya.****
Dryfood:
Untuk kucing yang hanya mengambil makanan dryfood ianya perlu meminum air sebanyak 200 ke 300ml sehari dan ini adalah penting untuknya dalam penghadam makanannya serta mengelakkan kekeringan "dehydrat".
Makan sebelum tidur:
Elakan memberinya makan yang berasaskan protein sebelum tidur kerana daging agak sukar dihadamkan ketika tidur dan daging mudah dihadamkan ketika ianya aktif.
Ini juga boleh menyebabkannya sakit perut kerana gangguan hadaman di keesokan harinya.
Berinya makan 1-2 jam sebelum masa tidur.