Showing posts with label Kesan sampingan selepas Vaksin Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kesan sampingan selepas Vaksin Kucing. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Kesan sampingan selepas Vaksin Kucing

Secara umumnya kesan sampingan yang boleh dilihat/diperhatikan selepas suntikan vaksinasi kepada kucing terutamanya anak kucing adalah seperti rasa mengantuk,tertekan dan juga ada yang tiada selera makan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suntikan vaksinasi yang diberikan adalah virus hidup disuntik ke dalam badannya bersama-sama dengan bahan lain iaitu "additive reactive" yang dikenali sebagai"Adjuvant"yang membentuk tindak balas imunisasinya terhadap virus baru ini. Ia berlaku kerana badan anak kucing yang muda ini, baru mengenali/menerima jenis "virus baru" di dalam sistem badannya,sistem badannya akan mula jadi begitu sibuk cuba untuk melawan virus baru ini serta pembentukan dayatahan baru untuk dirinya.Simulasi secara terus tindakbalas di dalam sistem badannya adalah sama sepertimana yang akan berlaku dengan setiap jangkitan yang dihadapi ketika melawan virus, ianya bukan sesuatu yang luar biasa bagi kucing ataupun anak kucing untuk berasa kelesuan, tiada selera makan dan juga boleh mendapat demam berikutan imunisasi.
Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila kucing yang telah diberikan sebilangan besar vaksin untuk melawan virus (contohnya kucing diberikan vaksin penuh: herpes vaksin kucing, vaksin calicivirus kucing, imunisasi panleukopenia kucing, imunisasi chlamydia, vaksin leukemia kucing dan lainnya).


Dalam tempoh 24 jam pertama selepas diberikan vaksinasi, tidak perlu bimbang sekiranya terjadi tanda-tanda seperti ini.Apa yang penting adlah tempat tinggalnya iaitu di tempat yang bersuhu selesa bersertakan dengan air yang banyak tersedia (jika ianya tidak mahu minum diperlukan memberikannya minum menggunakan syringe sejumlah kecil air untuk mendapatkan sedikit cecair kepadanya). Untuk makanan pula boleh diberikannya dengan makanan yang berbau kuat untuk menggoda/menarik perhatian mereka kepada makanan yang berbau kuat .

****kucing yang tidak ataupun mula minum dan makan selepas 36 jam ataupun paling lama 48 jam, anda perlu mendapatkan nasihat veterinar***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...