Seekor kucing berbaka mix persian agak kurang berat badannya serta bulunya tidak begitu menarik walaupun sudah memakan makanan premium seperti Royal Canin Kitten 32 serta juga suplement yang lain seperti codliver oil.
Keadaan "Picchu" 2 minggu sebelum menukarkan makanannya yang keadaannya agak kecil.
Keadaan picchu sekarang selepas menukarkan makanan baru
Penukaran Makanan Premium:
>Makanan rutinnya ditukarkan kepada Royal Canin Hair & Skin dari sebelum ini Royal Canin Kitten32
>Makanan baru ini dirumus khaskan untuk penjagaan bulu dan kulit serta kaya dengan protein kerana penghasilan bulu yang canitk & sihat bergantung kepada protein.
>Protein yang banyak ini membantunya tumbesaran disamping kepada penghasilan/pembentukan bulu-bulunya.
Hasil penukaran makanan baru:
> lebih besar & sihat
>Lebih aktif
>bulu-bulunya bertambah sihat dan cantik
***Apa yang dapat dirumuskan adalah keserasian makanan kucing walupun premium masih bergantung kepada kucing itu sendiri dan seprti kes ini walaupun secara teorinya Royal canin kitten 32 adalah bersesuaian untuk semua kitten sebagai makanan untuk tumbesarannya,namun hasilnya tidak begitu seperti yang dijangkakan.Setelah bertukar makanan ke Royal Canin Hair & Skin, perubahan ketara secara fizikal dalam masa 3 minggu..

