Showing posts with label Bersama Famili Baru. Show all posts
Showing posts with label Bersama Famili Baru. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Atan datang ziarah KucingUtara

Petang tadi ,,tidak disangka-sangka "Atan" datang mengunjungi Kucing Utara selepas lama keluar bersama tuan barunya dan menetap di Taiping.Bagi kami di sini pula agak terharu juga terima ziarah & kunjungan dari si Atan yang sanggup datang jauh juga untuk bertemu dengan ibu bapanya...

Photo "Atan" semasa berumur 5 minggu dan selepas diambil angkat tuan barunya bertukar nama kepada "Nottie" tetapi akhirnya bertukar ke nama asalnya "Atan" kerana dia lebih serasi dan sukakan nama asalnya.

ATAN sekarang berumur 5 bulan+++ sangat aktif dan "playful" serta mudah mesra dengan sesiapa saja yang main dengannya.Makanan kegemarannya adalah dryfood "kibble" yang berkuahkan minyak zaitun.

Thursday, July 28, 2011

CiTam anak parsi bersama famili baru

Akhirnya, CiTam pun berpindah bersama-sama famili angkat barunya semalam setelah hanya bersama-sama dengan warga KucingUtara yang lain,memang ramai yang meminatinya tetapi akhirnya diambil "famili angkat"nya yang tinggal di ,Prai,Pulau Pinang.

CiTam ini memang sangat manja serta suka dibelainya terutamanya jika mengosok-gosok di bahagian perutnya dan juga sangat suka mengesel-geselkan kepalanya ke badan kita jika lepak bersama-samanya ketika di ruang tamu.

Apa-apapun tuan barunya juga pengemar & penyayang kucing seperti bak kata "jumpa pertama kali pun sudah berkenan" dan terus mengambilnya...

***Ribuan terima kasih kepada yang berminat kepada CiTam ni samada hubungi saya melalui FB,blog,e-mail,SMS dan sebagainya tetapi apa-apapun semuga CiTam akan happy dengan Famili barunya****

Wednesday, May 4, 2011

Jojo Junior pula bersama famili baru

Malam ni pula giliran anak kucing cross breeding antara Maine Coon dan Persian yang kelima dan juga terakhir mengikuti oleh famili barunya.Tuan barunya sudah booking dari Daerah Kulim,Kedah.Tuan barunya sehingga sekarang sudah memiliki kucing seramai 14 ekor,namun disebabkan baka Jojo Junior ini dari keturunan baka MaineCoon sanggup menambahkan lagi koleksi kucing-kucingnya.
Nampaknya,Jojo Junior akan mendapatkan saudara barunya dan terutama sekali “sudin”yang akan menjadi kawan baik sepermainannya,menurut tuan barunya….


LatarBelakang anak kucing:
>Baka: Cross breeding antara MaineCoon (ibu) & Persian (bapa)
>Jantina: Jantan
>Umur: 3 Bulan
>Fizikal: Sangat aktif dan sudah memakan makanannya "dryfood" dengan sendirinya serta sudah pandai menggunakan kotak pasir untuk membuang air besar.

> Nama timangan: Jojo Junior
>Corak Bulu: Tuxedo Cat

>Tanda Fizikal Unik: Tapak kakinya dan juga hidung semuanya berwarna hitam,selalunya kucing memiliki warna “pink”ataupun merah jambu...


Thursday, April 28, 2011

Anak Kucing Ke4 bersama tuan barunya


Malam ni pula giliran anak kucing cross breeding antara Maine Coon dan Persian yang keempat mengikuti oleh famili barunya.Tuan barunya sudah booking semenjak dari dalam kandungan lagi dan memilihnya kerana berdasarkan keadaannya menyerupai ibunya (MaineCoon)...

LatarBelakang anak kucing:
>Baka: Cross breeding antara MaineCoon (ibu) & Persian (bapa)
>Jantina: Jantan
>Umur: 3 Bulan
>Fizikal: Sangat aktif dan sudah memakan makanannya "dryfood" dengan sendirinya serta sudah pandai menggunakan kotak pasir untuk membuang air besar.
> Nama timangan: Tiada tetapi untuk sementara dipanggilnya Din

 Rumah kucing memang jadi kegemarannya bermain sorok-sorok


Friday, April 22, 2011

"Tinna" Anak Kucing pula berpindah

Minggu ni pula giliran "Tinna" anak kucing cross breeding antara Maine Coon dan Persian diambil oleh famili barunya."Tinna" mengikut tuan barunya berpindah berhampiaran saja  dan masih lagi berpeluang mengikuti perkembangannya.


Tuan barunya sekerluarga sangat sukakannya kerana “Tinna” sangat suka dan aktif bermain-main dan sukakan bola.Tinna juga sangat cerdik dan tetap akan menggunakan “litter box” nya bila perlu.Agak sukar baginya hendak  membuang jika tiada kotak pasirnya….

LatarBelakang “Tinna”:
>Baka: Cross breeding antara MaineCoon (ibu) & Persian (bapa)
>Jantina: Jantan
>Umur: Dua Bulan lebih
>Fizikal: Aktif dan sudah memakan makanannya "dryfood" dengan sendirinya serta sudah pandai menggunakan kotak pasir untuk membuang air besar.
> Nama timangan: Tinna kerana bertemakan bulunya yang hitam
>Corak Bulu :Tuxedo cat pattern

Photo "Tinna" di hari terakhir bersama KucingUtara....

Sunday, April 10, 2011

Giliran Anak kucing "black"pula bersama Famili baru

Hari ini pula giliran "black" anak kucing cross breeding antara Maine Coon dan Persian diambil oleh famili barunya."Black" mengikut tuan barunya berpindah ke Kajang...agak jauh juga perjalanannya ..diharapkan tiada sebarang masalah dalam perjalanannya.

Black ketika bermain-main di ruangtamu ...aktif juga dan suka melompat sana-sini
 
Fakta Mengenai Black:
Baka: cross breeding antara MaineCoon(ibu) dan Persian(bapa)
Umur: 2 bulan
Jantina: Jantan
Bulu: panjang dan jenis bicolor "tuxedo cat"


Saturday, April 9, 2011

Anak Kucing Siamese diambil Famili Angkat

Tengahari ini anak kucing Siamese diberi nama "ice cream" yang terbiar dijumpai di kawasan rumah kedai dulu tu sudah pun diambil oleh keluarga angkatnya yang datang dari Kulim.ni semata-mata mahukan anak kucing ini.Tuan barunya ini sangat sayangkan kucing juga sehingga sanggup membeli baru set kelengkapannya seperti sangkar baru untuknya.

"Ice cream" di dalam sangkar barunya bersama-sama dengan "coffee " sebelum berangkat pulang ke Kulim.Asalnya datang mahukan "ice cream' tetapi "coffee" pun diambilnya sekali kerana ada orang lain juga yang meminati si "coffee' ini..
"Ice cream" dan "Coffee' bersama-sama dengan tuan barunya

***apa-apapun semuga kedua-dua ekor anak kucing ini akan dapat layanan terbaik dalam kehidupan mereka bersama Famili angkat masing-masing.Kucing Utara mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berminat dengan anak kucing ini.***

Wednesday, April 6, 2011

Anak Kucing berpindah bersama Famili angkat

Waktu tengahari hari ini,famili angkatnya sudah datang mengambilnya untuk dijadikan pet kesayangan mereka.Agak terharu juga bercampur sedih bila dia mengikut famili angkatnya ,namun inilah yang terbaik untuknya kerana mereka sangat menyayangi haiwan peliharaan....Lagipun Famili angkatnya sudah datang menjenguknya semasa berumur seminggu lagi....

Fakta mengenai anak kucing:
>Baka: Cross breeding antara MaineCoon (ibu) & Persian (bapa)
>Jantina: Jantan
>Umur: Dua Bulan setengah
>Fizikal: Aktif dan sudah memakan makanannya "dryfood" dengan sendirinya serta sudah pandai menggunakan kotak pasir untuk membuang air besar.
> Nama timangan: MUFFIN tetapi famili angkatnya menamakan "CHIKO"

Keadaan "Muffin" menutup mukanya seolah-olah sedih hendak meninggalkan kami.....

Inilah photo terakhir "Muffin" bersama-sama Famili KucingUtara...satu hari diharapkan dapat bertemu kembali..lagipun Famili angkatnya hanya berada di Penang .....

Sunday, October 17, 2010

Anak Kucing Parsi Berpindah

Hari ini, Anak kucing parsi berumur 3 bulan bernama "Along" pun akhirnya sudah mendapat tuan barunya.
Along ni sangat aktif dan sangat suka bermain ...paling disukainya bermain gumpalan kertas...

Nampaknya "happy" semasa bertolak dengan kereta tuan barunya...ke tempat baru...

                         Along letih selepas bermain....tercungap-cungap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...