Showing posts with label Pembuangan pertama Najis Anak kucing. Show all posts
Showing posts with label Pembuangan pertama Najis Anak kucing. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Pembuangan pertama Najis Anak kucing

Anak kucing yang baru dilahirkan sehingga berumur 3 minggu adalah dalam keadaan tidak berupaya berdikari lagi.Ini termasuk hal-hal pembuangan najis iaitu berak dan kencingnya.Secara asasnya anak kucing yang hidup semata-mata pada ketika ini hanya dengan meminum susu ibunya dan secara biologinya hanya akan menghasilkan bahan buangan >najis dalam bentuk cecair iaitu kencing bukannya tahi lagi kerana tiada bahan pejal yang dimakan serta dihadamkannya.

Bagaimana Ianya Membuang najisnya?
Disebabkan sumber makanannya adalah susu ibunya , najis yang terhasil adalah cecair "Kencing"nya namun, dikeluarkan sedikit saja dan tanpa masa tertentu serta adakalanya membuang hampir setiap waktu jaganya.


Peranan Ibu Kucing:
Ibu kucing akan menjilat mencucikan punggung anak-anak kucing untuk menghilangkan air kencing yang dibuangkan oleh anaknya sebaik yang mungkin dan tidak menjadi masalah terhadap ibu kucing yang termakan najis anaknya sendiri.Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan bau kencing ini dapat dikesan oleh musuhnya.

Selalunya anak kucing akan membuang najis> kencing selepas mereka meminum susu dan untuk pertama kalinya membuang air besar adalah selepas ianya mulai memakan sendiri makanan pejal seperti wetfood ataupun kibble >biskut kucing pada usianya selapas 6- 8 minggu.Di awal penghasilan najisnya adalah terlalu sikit masih bercampur air dan kekadang sukar untuk memastikan poo yang dihasilkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...