Showing posts with label Petua menukar makanan kucing. Show all posts
Showing posts with label Petua menukar makanan kucing. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Petua menukar makanan kucing

Sudah menjadi perkara biasa bagi penyayang kucing untuk menukarkan makanan kucing kesayangan  mereka kepada yang lebih baik samada dari saranan pakar ataupun dari kawan-kawan yang berpengalaman dalam pemeliharaan kucing supaya jadi lebih sihat serta cantik.Namun perkara semudah ini tidak semudah ABC untuk kucing pula menghadapi penukaran makannnya secara tiba-tiba ,malah mengundang cirit-birit.Menukar makanan kucing secara mendadak & tiba-tiba boleh menyebabkannya kehilangan selera makan, muntah-muntah, cirit-birit.


Jika ingin menukar jenis makanan kepada sesuatu yang berbeza, menukar diet secara beransur-ansur supaya ianya termakan tanpa terasa perubahan .Cara menukarkannya adalah secara beransur-ansur serta sikit-sikit untuk kucing terutama sekali sistem penghadamannya dapat menyesuaikan diri pemberian makanannya yang sama iaitu yang asal perlu diteruskan di samping penambahan/campur dengan makanan baru.
Mulakan dengan mencampurkan dalam jumlah yang kecil makanan baru anda dengan makanan kucing yang biasa dimakannya sebelum ini.Setiap hari, ditingkatkan jumlah makanan yang baru dan mengurangkan jumlah makanan yang lama dalam setiap hidangan.


Panduan Asas Penukaran ke Makanan Baru

>>Hari 1 hingga 3 - makanan 70% makanan lama30% makanan yang baru.
>>Hari 4 hingga 6 - makanan 40% makanan lama 60% makanan yang baru.
>>Hari 7 hingga 9 - makanan 20% makanan lama 80% makanan yang baru.
>>Hari 10 -  100% makanan yang baru.


*** Ini hanyalah sekadar panduan saja , hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan serta kucing itu sendiri***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...