Showing posts with label Penjagaan kucing mengandung. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan kucing mengandung. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Penjagaan kucing ketika mengandung

Bila kucing kita yang dibela sudah membuahkan hasilnya iaitu mengandung terutamanya dari baka-baka yang berbulu panjang seperti kucing persian,penjagaannya adalah mesti dititikberatkan.


Ini antara langkah-langkah yang perlu dibuat:
>Menghadkan kawasan di dalam rumah-Kucing mengandung perlu dihadkan dari bebas keluar rumah iaitu ianya tidak boleh keluar lagi.Ini kerana walaupun sudah mengandung ,ianya masih lagi akan "heat" mungkin akan diganggu kucing jantan lain dan akan mencederakannya serta mengugat kandungannya.
> Makanan kaya dengan protein & kalsium-Ini akan faktor penting untuknya serta kandungan untuk mendapat zat yang diperlukan iaitu sumber protein & kalsium.
> Penyediaan makanan yang banyak-perlu disediakan stok makanan yang agak banyak kerana ketika awal masa kucing mengandung ianya akan memakan lebih.
>Kotak pasir-Pastikan pasir yang digunakan bukan dari jenis "clumping" iaitu menjadi ketulan selepas digunakan kerana kucing juga terdorong melahirkan anak di dalam kotak pasir.Jika ini berlaku ibu kucing akan keliru kerana ketulan "clumping" ini dan ianya berkemungkinan kurang menjilat bayi barunya.

>Bersendirian- Kucing adalah bersifat sukakan privasinya dan perlu diasingkan dari kucing lain terutamanya kucing jantan kerana ibu kucing ketika ini amat garang terhadap kucing jantan.
>Pengambilan ubat-Ini tidak digalakkan ketika kucing sedang mengandung kerana berkemungkinan boleh memudaratkannya serta bayi yang dikandungnya.Jika perlu memberi ubat kepadanya sebagai contoh ubat cacing ketika ini, dapatkan nasihat dari Vet.
>Penyediaan "labor room" untuknya-Ini juga perlu diberi perhatian kerana jika tidak disediakan kucing akan mencari tempat bersalinnya sendiri iaitu tempat yang tersorok seperti di bawah katil,belakang almari dan sebagainya.Cara yang paling mudah adalah sediakan kotak berlapik beberapa helai kerta suratkhabar dan biarkannya membiasakan dirinya dengan tempat baru ini.Secara nalurinya,kucing akan bersalin disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...