Showing posts with label Kucing Keguguran. Show all posts
Showing posts with label Kucing Keguguran. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Kucing Keguguran Anak

Keguguran juga boleh terjadi kepda kucing yang mengandung dan ini agak mengecewakan pemiliknya yang tertunggu-tunggu kehadiran anak kucing yang comel. Keguguran kandungan yandg dialami oleh kucing mengandung atas beberapa sebab dan di antaranya adalah :
> Jangkitan
>Tidakseimbang hormon
>Masalah genetik ataupun bakanya
>Parasit di dalam badannya


Tanda-tanda & simptom berkemungkinan akan keguguran:
1) Cecair dari Vaginal
Sebarang cecair yang tidak noraml keluar dari "vaginal"nya seperti lendir,kekuningan dan lainnya selain dari air kencingnya.
2) Pendarahan
Pendarahan yang keluar melalui "anus"nya ni berlaku kerana darah ini dipercayai terhasil oleh kerana parasit/fungus/kulat yang menjangkiti rahimnya serta menyebabkannya pendarahan. Janin"fetus" yang terbunuh dari jangkitan ini akan termusnah serta akan dikeluarkannya seperti pendarahan daging melalui kemaluan.
3) Hilang Selera Makan & Demam
Kucing juga akan mengalami ketidak selera makannnya jika mengalami keguguran serta juga suhu badan akan naik serta menjadi tinggi dari suhu normalnya.


***Apa yang penting di pantau adalah sebarang pendarahan terjadi ketika kucing mengandung adalah berisiko tinggi baginya mengalami keguguran dan perlu mendapat rawatan dari vet secepat mungkin kerana jangkitan rahimnya boleh memudaratkannya sendiri serta janin anaknya.Peringkat ini adalah menyelamatkan ibunya adalah penting dan menjadi keutamaan kepada kita***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...