Tengahari tadi dapat pangillan telephone dari seorang yang sangat prihatin & kasihankan tiga ekor anak-anak kucing mengiau-giau di kawasan rumah kedai berhampiran...apalagi bergegas ke tempat mereka merayau-rayau..Alahai..kasihan tengok mereka bertiga ini kerana dianggarkan masih lagi terlalu kecil dipisahkan dari ibunya yang sebenar...Dari segi fizikalnya mungkin baru berumur lebih kurang 4 minggu...
Dua daripadanya selepas dibawa pulang tertidur berpelukan untuk memanaskan badan mereka tambahan diberikan selimut untuk mereka...
Dua ekor daripadanya secara bentuk susuk badan serta corak bulunya boleh dikatakan berbaka Kucing Siamese ..ini mungkin dapat membantunya untuk terus hidup kerana baka Siamese cepat matang berbanding baka kucing yang lain...Tetapi terdapat seekor tu lain sikit rupa parasnya dari yang dua tadi,namun mereka ni tetap bersama-sama seperti adik beradik...
Anak kucing pertama diberi nama "Ice Cream"...jantan
Anak kucing kedua diberi nama "Vanilla" ..betina
Anak kucing ketiga diberi nama "Coffee"...Jantan

