Showing posts with label Tandanya mengandung. Show all posts
Showing posts with label Tandanya mengandung. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Tanda kucing mengandung

Tempoh kucing mengandung dalam masa 63-65 hari ataupun 9 minggu(ini mudah dingat sebab manusia 9 bulan).Kucing mengandung tidak boleh dikenalpasti dengan ujian air kencing sebagaimana kita selalu lakukan dalam pengesahan samada mengandung ataupun tidak.Cuma, apa yang boleh kita perhatikan dari segi perubahan fizikalnya sebagai tanda-tandanya sudah berisi.

Daisy-MaineCoon ..dalam keadaan mengandung

Tanda-tanda kucing sedang mengandung:
> Bila sudah menjangkau kandungannya 3 minggu ,puting susunya mulai timbul serta membesar ,berwarna merah jambu dan membesar kerana ketika ini penghasilan susu badannya.(Seperti photo di bawah)...

>Kucing akan makan kerap dan banyak serta ketika kandungan sudah masuk minggu ke empat, berat badannya sudah naik mendadak.
>Semasa minggu ke empat juga sudah boleh merasai secara sentuhan anak-anak yanf dikandungnya.
***Jangan cuba sentuh perutnya untuk memeriksa anak-anaknya jika tidak biasa/berpengalaman kerana boleh mengugat anak yang dikandungnya serta ibu kucing mudah menjadi agresif.
>Minggu ke 5 -6 pula ibu kucing tidak begitu aktif dan tidak akan melompat serta banyak masa dihabiskannya bersantai.
>Kucing yang mengandung juga tidak suka kita mendukungnya ,walaupun sebelum ini tiada masalah tetapi mahukan kita "petting"belaiannya.

Pemeriksaan melalui alat perubatan:
>ULTRASOUND- semasa ianya mengandung minggu ke empat barulah boleh dilihat anak-anaknya serta boleh rasai degupan jantung.
>X-RAY- Minggu ke enam kandungan kucing boleh juga dilakukan melalui kaedah X-ray kerana waktu ini anak-anaknya sudah memiliki struktur tulang-tulang,tetapi TIDAK digalakkan kaedah X_Ray ini di awal waktu kerana boleh memudaratkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...