Showing posts with label Perangai Kucing Siamese. Show all posts
Showing posts with label Perangai Kucing Siamese. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Perangai Kucing Siamese

Kucing Siamese juga agak terkenal di kalangan peminat kucing kerana bertompok hitam/coklat unik di muka ,telinga ,kaki dan ekornya - pointed color.Sudah menjadi keperluan kepada kita untuk mengenali sikap & perangainya serta juga fakta fizikalnya.


Perangai & Fakta Kucing Siamese:
>Berat badan-kucing jantan dari 5kg ke 7kg & kucing betina pula antara 4kg ke 5kg
>Jangkahayat- Anggaran 15 ke 20 tahun ,namun bagi kucing yang campurannya pula mungkin lebih pendek lagi kerana imun sistemnya.
>Bersosial-Kucing siamese memang sangat mudah bergaul samada terhadap manusia ataupun haiwan peliharaan lain dan hendakkan belaian kasih sayang terhadapnya seperti "petting".
>Bersikap tenang-Ianya juga mudah menerima kehadiran kanak-kanak yang bermain agak kasar dengannya kerana ianya lebih kepada sikap sabar dan tenang.Tidak seperti sesetengah kucing lain akan bertindak secara agresif.

>Kuat cemburu-Setelah ikatan terjalin dengannya, ianya akan mudah cemburu seperti kehadiran kucing lain serta juga kehadiran bayi kita sendiri yang lebih kita tumpukan.
>Mudah Dilatih-Kucing berbaka ini lebih mudah menerima latihan ataupun dilatih seperti tempat "tandas"nya dan sebagainya
>Bersuara- Vokal ataupun suaranya mudah dibunyikan sekiranya perlu perhatian samada untuk makanan,bermain,minta keluar dan sebagainya.Kerenah ini sepertimana bayi yang suka menangis bila hendakakn sesuatu.Berbandingkan kucing parsi yang lebih membisu.
>Patuh-Ianya mudah menjadi patuh pada tuannya setelah jalinan ikatan sayang terjalin ,ini kerana ianya sudah menganggapkan kita sebagai sumber asas untuknya hidup dan sukar baginya untuk berdikari.

**Meninggalkannya bersendirian untuk jangkamasa yang lama sendirian ,boleh menyebabkannya merasa tertekan bilamana tiada kehadiran manusia dan juga mengurangkan selera makan baginya.Cara terbaik ditinggalkan kepada sesiapa untuk penjagaan sementara ketika kita keluar outstation untuk jangkamasa yang lama***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...