Penyusuan secara botol memang tidak digalakkan kepada anak kucing yang masih kecil iaitu pada ketika usianya baru dalam linkungan 1 -2 minggu kerana anak kucing bergantung hidup terus dari susu ibunya yang kaya dengan segala nutrient yang diperlukan untuk membentuk ketahanan diri(imunisasi).
Namun keadaan ini tidak dapat dielakkan serta perlu dilakukan sekiranya ibunya mati/hilang ataupun anak-anak kucing yang terbiar dan kita perlulah memahami SUSU YANG SESUAI untuk anak kucing.Ini adalah kerana kebanyakan anak-anak kucing tidak boleh menerima Laktosa (lactose) yang terdapat di dalam susu biasa dan boleh menyebabkannya muntah, cirit-birit serta sakit perut ataupun kembung perut.
Susu khas untuk anak kucing:
Pemberian susu yang dirumuskhas untuk kucing adalah pilihan bijak kerana susu sebegini sudah pun diformulakan berdasarkan kehendak anak kucing yang perlukan nutrient serta membuang faktor-faktor kesan sampingan yang boleh memudaratkannya seperti LACTOSE FREE..
Botol susu untuk anak kucing:
Memang tidak dinafikan anak-anak kucing yang masih belum membuka matanya memang mengharapkan puting susu ibunya sebagai punca pemakanannya dan berupaya/berkebolehan untuk menghisap dan dengan bantuan botol susu khas(kecil) untuk anak kucing adalah terbaik.
Pastikan botol susu yang digunakan sentiasa dibasuh selepas digunakan dengan air suam.
Jadual Penyusuan:
Umur Kekerapan
1-2 minggu 6 kali sehari
3 minggu 4 kali sehari
4 minggu 3 kali sehari (sudah mulai putus susu)
***Jangan terlalu memaksa anak kucing meminum susu secara berlebihan ataupun disusukan secara berlebihan dari yang disyorkan seperti terdapat di label tin susu kerana tiada faedahnya***