Showing posts with label Pemilihan olive oil untuk Kucing. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan olive oil untuk Kucing. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Pemilihan olive oil untuk Kucing

Seperti yang sudah ketahui "olive oil" memberi banyak faedahnya kepada kita serta juga kepada kucing yang kita pelihara terutamanya kucing berbaka bulu panjang.Kucing berbaka sebegini mudah mengalami masalah "hairball" tersumbat di dalam perutnya serta juga menyihatkan bulu-bulunya.

 Jenis Olive oil:
Di dalam pasaran terdapat 2 jenis Olive oil iaitu Pure Olive oil ,Light olive oil & Virgin Olive oil
>Virgin Olive oil- Ianya kaya dengan dengan zat & vitamin asalnya kerana penghasilannya melalui proses "Cold Pressed" di mana belum dipanaskan dan masih lagi mengandungi nutrisi asalnya.
>Pure olive oil-Ianya dihasilkan melalui proses pemanasan dan berkemungkinan sebahagian zat & mineral asalnya terhakis dari proses ini.
>Light olive oil- Ianya pula kurang asli selepas ditapiskan semasa proses pembuatannya..

Berdasarkan fakta penghasilan olive oil ini "Virgin Olive Oil" adalah pilihan terbaik untuk kucing.
Cara pemberian kepada Kucing:
>Tambahkan 1 sudu teh dalam makanannya sehari sekali saja, boleh ditambahkan di dalam makanannya samada dryfood ataupun wetfood.
***Pemberian berlebihan boleh menyebabkannya cirit dan ini boleh dilakukan sekiranya kucing mengalami sembelit untuk melembutkan saki baki najis di dalam perutnya dan memudahkannya "berak"****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...