Showing posts with label Makna disebalik mata kucing. Show all posts
Showing posts with label Makna disebalik mata kucing. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Makna disebalik mata kucing

Keadaan mata kucing iaitu pengerakan kelopak matanya seperti buka/tutup juga mengambarkan keadaan perasaannya, riak/mimik mata kucing ini juga boleh mengenalpastikan keadaan emosinya.Namun, apa yang tertulis di bawah ini mungkin tiada ketetapan dan hanya sebagai rujukan saja.

Mata kucing yang berkelip-kelip secara berulang dan menutup matanya sebahagian daripadanya(separuh tutup) serta berkelip-kelip bermakna bahawa kucing menunjukkan:
>> mengharapkan sesuatu, kerinduan, kesunyian,membayangkan sesuatu, merayu atau keseorangan.


Mata yang separuh ditutupnya tanpa berkelip-kelip pula biasanya bermakna bahawa kucing sedang: >>mengkaji sesuatu di persekitarannya , cuba memahami & menyelesaikan, tertanya-tanya, santai, mengantuk, bosan, berpura-pura menjadi bosan, atau mencurigakan.

Mata kucing yang luas terbuka biasanya tanda-tanda bahawa kucing sedang menunjukkan:
>> amaran, tertekan, berminat ataupun tertarik kepada sesuatu, ketakutan, terkejut, cemas, teruja, tidak pasti atau keliru.


Mata kucing yang hanya menunjukkan sedikit saja pembukaannya bermakna bahawa kucing adalah: >>benar-benar santai/rilek ataupun tenang, benar-benar mengantuk, benar-benar bosan, atau benar-benar mencurigakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...